red blue green grey
Laman Utama user RSS Kumpulan Peta Laman

 

PDF Cetak E-mail

DEFINISI LOGO INSTUN

 instun

Logo INSTUN akronim bagi Institut Tanah dan Ukur Negara, direkacipta dengan berteraskan kepada peranannya sebagai pusat latihan yang cemerlang dan misinya untuk memaju dan membangunkan sumber manusia dalam Pentadbiran Tanah, Ukur dan Pemetaan serta Teknologi Maklumat yang berkaitan agar menyumbang kepada pembangunan negara. 


Rekabentuk logo INSTUN terdiri daripada tiga bentuk asas iaitu bulatan, segi empat dan garisan orbit. Bentuk empat segi merupakan bentuk geometri yang stabil dan kukuh yang melambangkan bahawa aktiviti latihan dalam Pentadbiran Tanah, Ukur dan Pemetaan dilaksanakan secara sistematik, jitu dan bermutu tinggi serta memberi gambaran INSTUN sebagai organisasi yang stabil dan dinamik. 

Garisan-garisan melintang dan membujur melambangkan komponen organisasi INSTUN yang bermuafakat dan bergerak bersama sebagai satu entiti ke arah kecemerlangan yang disasarkan oleh INSTUN.


BIRU

bagi bentuk empat segi pula melambangkan kerohanian dan ketenteraman.

HIJAU



bagi bulatan melambangkan keprihatinan kepada alam semulajadi, sejajar dengan konsep pembangunan ala "sustainable development" dan kesedaran bahawa alam adalah warisan yang diamanahkan oleh Penciptanya kepada manusia untuk dipelihara demi generasi yang akan datang.

PUTIH


bagi perkataan INSTUN melambangkan kesucian dan keikhlasan warga INSTUN dalam menunaikan tanggungjawab.

MERAH    


bagi garisan orbit melambangkan keberanian, kepuasan dan kemakmuran serta kepekaan kepada kehendak hati pelanggan.

PERAK yang berkilau bagi bintang melambangkan puncak kecemerlangan.

 

 

Hak Cipta Terpelihara @ INSTUN
Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Tanjung Malim, Perak, Malaysia.
Tel: +605 454 2825| Fax: +605 454 2837| Email: pro@instun.gov.my
::.Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox 3.6.3 ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768.::
Penafian: Institut Tanah dan Ukur Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

[Penafian Bahasa Lain] [Dasar Privasi dan Keselamatan][Bantuan]

Tarikh Kemaskini: 2012-12-14 09:22:09