Select Colour   default blue contrast     Text Size  
A- A A+
logo
esemak-en  espek-en  erespon-en 

Announcement

All announcement

Majlis Perhimpunan Bulanan INSTUN Bil 10/2014

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perhimpunan Bulanan  INSTUN Bil. 10/2014 akan diadakan seperti butiran berikut :

                    Tarikh           :           3 November 2014 (Isnin)

                    Jam                :           8.30 pagi

                    Tempat         :           Auditorium INSTUN

                    Urusetia        :           Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah

2.             Kehadiran semua Warga INSTUN adalahDIWAJIBKAN.  Oleh kerana perhimpunan ini merupakan salah satu tugas rasmi, sukacita saya merujuk kepada “Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002”, Bahagian III – Ketidakhadiran tanpa cuti, No. 24 "Ketidakhadiran untuk bertugas oleh seorang pegawai tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan pegawai itu dikenakan tindakan tatatertib”

3.              Kepada pegawai yang tidak dapat hadir kerana bertugas di luar kawasan mahupun cuti rehat, cuti sakit dan sebagainya, hendaklah mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Tuan Pengarah selewat-lewatnya seminggu selepas majlis perhimpunan bulanan. Ini kerana kehadiran ke perhimpunan bulanan INSTUN akan dikira sebagai salah satu kriteria untuk pemarkahan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tahun 2014 dan tahun-tahun yang akan datang.

4.            Perhatian dan kerjasama tuan-tuan/puan-puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

Sekian, terima kasih.

 Print  Email

jata 1m hrmis mygeo mampu2 epsa   NRE2 JAS JBK KPTG JMG JPS PERHILITAN JPSM JTLM JUPEM NAHRIM FRIM