1. Permohonan perlu diisi dan dihantar selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum tarikh lawatan.
2. INSTUN berhak untuk menolak sebarang permohonan lawatan yang tidak lengkap dan jika tarikh lawatan bertindih dengan sebarang program di INSTUN.
3. Kapasiti peserta bagi setiap lawatan adalah seramai 20-25 orang peserta.
4. Penginapan peserta lawatan adalah di asrama INSTUN, peserta digalakkan membawa keperluan bermalam yang sesuai untuk keselesaan. INSTUN berhak menolaksebarang permohonan penginapan sekiranya tiada kekosongan.
Sebarang pertanyaan berkenaan BCTSH, sila hubungi kami melalui maklumat seperti berikut:
Balai Cerap Tan Sri Harussani
Bahagian Ukur dan Pemetaan (BUP),
Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN),
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC),
Behrang, 35950 Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-454 2825 |
Faks : 05-454 2837
Emel : bctsh@instun.gov.my