• Bahasa Melayu
  • English

ULASAN BUKU BULAN SEPTEMBER BIL. 1/2023

Anda Sakit, Maka Bersedekahlah!

Spesifikasi:

Penterjemah : Muhammad Luqman

Penerbit : Jasmin Publications

ISBN: 9789670528830

Jumlah Muka Surat: 325

 

INILAH inti perbahasan di dalam buku ini, sebagaimana sedekah mampu mengubati berbagai jenis penyakit yang mendera tubuh dan jiwa manusia. Huraian ini diperuntukkan bagi setiap muslim, khususnya yang sedang diuji dengan penyakit fizikal, seperti kanser, kelumpuhan atau penyakit fizikal yang lain, baik berat mahupun ringan. Juga untuk setiap orang Islam yang sedang diuji dengan penyakit mental, seperti tekanan, kerisauan, obsesif atau penyakit mental yang lain, baik ringan mahupun berat.

Saya katakan kepadanya: “Bersabarlah dan berharaplah pahala-Nya. Kerana dunia ini adalah negeri ujian dan cubaan. Maka, barang siapa yang diuji bererti ini merupakan tanda cinta Allah kepadanya. Sebab Allah SWT tidak akan menguji kecuali orang yang Dia cintai. Bila Allah menginginkan kebaikan pada hamba-Nya, Dia akan mengujinya. Sebab Allah (Yang Maha Suci dan kita memuji-Nya) menguji hamba-Nya yang beriman itu dengan tujuan menghapus dosa-dosa dan mengangkat darjatnya.

Al-Aswad bin Yazid meriwayatkan dari Abdullah, yang berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Ubatilah orang-orang yang sakit di antara kamu dengan sedekah, bentengilah harta kamu dengan zakat dan sediakanlah doa untuk menghadapi musibah.”

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 297 AND

Skip to content