Pilihan Bahasa

Bahasa Lain

Pilihan Warna   Default Blue Contrast     Saiz Teks  
A- A A+

KPI Pengarah INSTUN 2017

PENJELASAN PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) 2017

PENGARAH INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA

 

1.0   KRA - PENYEDIAAN LATIHAN YANG KOMPREHENSIF DALAM BIDANG PENTADBIRAN TANAH, UKUR DAN PEMETAAN SERTA TEKNOLOGI MAKLUMAT YANG BERKAITAN

KPI

 

PERATUS PELAKSANAAN LATIHAN:

A)   KURSUS DALAM BUKU LATIHAN – 90%

B)   KURSUS NBOS – 85%

 

DESKRIPSI

  • KPI ini merujuk kepada menyediakan latihan yang komprehensif bagi meningkatkan tahap kompetensi anggota pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan yang cekap, kompeten dan berdaya saing selaras dengan visi, misi, fungsi dan Pelan Strategik INSTUN (2015-2017).

KAEDAH PENGUKURAN

 

  • Bilangan kursus yang diputuskan dan diterbitkan dalam Buku Latihan Program Tahunan untuk dilaksanakan dalam tahun semasa, manakala pelaksanaan kursus NBOS adalah berdasarkan bilangan kursus yang dilaksanakan atas permintaan dari jabatan / agensi yang memohon.
  • Pencapaian diukur dari peratus pelaksanaan kursus yang dirancang dan peratus pelaksanaan kursus NBOS jabatan / agensi.

TREND PENCAPAIAN

 

 

 

 

(a) Peratus pelaksanaan kursus dirancang dalam Buku Latihan INSTUN*

Tahun

Pencapaian

2014

100.0% (150 kursus)

2015

100.0% (143 kursus)

2016

90.9% (130 kursus)

(b) Peratus pelaksanaan kursus NBOS*

Tahun

Pencapaian

2014

100%

2015

100%

2016

100%

*Jumlah kumulatif kursus yang dilaksanakan


JUSTIFIKASI

  • Sasaran ditentukan berdasarkan kepada statistik pelaksanaan kursus bagi 3 tahun terdahulu dan selaras dengan surat edaran: JPA(I)S.175/4/1-1 KLT.22 (38).
  • Sasaran untuk tahun 2017 dimuktamadkan setelah Buku Latihan Program Tahunan dicetak.

SASARAN

 

 

 

Sasaran Sukuan Tahun 2017

 

Pertama

Kedua

Ketiga

Keempat

Kursus dalam Buku Latihan

90%

90%

90%

90%

Kursus NBOS

85%

85%

85%

85%

DOKUMEN SOKONGAN

Statistik dan maklumbalas daripada INSTUN

FREKUENSI LAPORAN/DATA

Pelaporan secara berkala / suku tahunan

 

 

2.0   KRA - PENINGKATAN TAHAP PROFESIONALISME TENAGA PENGAJAR DALAMAN

 

KPI

 

PERATUS SKOR MARKAH TENAGA PENGAJAR DALAMAN – 81%

DESKRIPSI

  • KPI ini merujuk kepada meningkatkan tahap profesionalisme tenaga pengajar dalaman melalui program capacity building dan training for trainers serta pemantauan prestasi yang berterusan.
  • Fokus utama adalah meningkatkan profesionalisme dan kredibiliti di kalangan tenaga pengajar sebagai Subject Matter Expert (SME).
  • KPI ini juga selaras dengan fungsi INSTUN iaitu untuk memberi khidmat nasihat dalam bidang tanah dan Ukur
  • KPI ini juga adalah bertepatan dan seiring dengan Teras 2 Pelan Strategik INSTUN (2015-2017) iaitu tenaga pengajar yang kompeten.

KAEDAH PENGUKURAN

 

  • Pengukuran adalah melalui soal selidik daripada peserta kursus berdasarkan isi kandungan, persembahan dan kualiti peribadi tenaga pengajar.
  • Setiap aspek mempunyai pemberat tersendiri dan hasil penilaian akan memberi gambaran tentang kapasiti tenaga pengajar dalaman.

TREND PENCAPAIAN

 

 

 

 

 

 

 

 

Tahun

Pencapaian

2014

83.0%

2015

85.6%

2016

88.4%

JUSTIFIKASI

 Sasaran dipinda ke 81% kerana pegawai-pegawai baru perlu diberi peluang dan pendedahan sebagai Succession Planning.

SASARAN

 

 

 

 

 

 

Sasaran Sukuan Tahun 2017*

Pertama

Kedua

Ketiga

Keempat

81%

81%

81%

81%

 

 

* Peratus Skor Markah Tenaga Pengajar Dalaman

DOKUMEN SOKONGAN

Statistik dan maklumbalas daripada INSTUN

FREKUENSI LAPORAN/DATA

Pelaporan secara berkala / suku tahunan

 

3.0   KRA - MEMBANGUNKAN HAB KOLEKSI BAHAN / MAKLUMAT DALAM BIDANG PENTADBIRAN TANAH, UKUR & PEMETAAN SERTA TEKNOLOGI MAKLUMAT

KPI

 

BILANGAN KOLEKSI YANG DIMUATNAIK KE PORTAL - 270 ARTIKEL

DESKRIPSI

  • KPI merujuk kepada penyediaan koleksi bahan/maklumat berkaitan tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat yang berkaitan yang terbesar dalam Negara
  • KPI ini jelas bertepatan dengan fungsi dan misi INSTUN serta Teras 2 Pelan Strategik INSTUN (2015-2017).

KAEDAH PENGUKURAN

  • Portal Pusat Informasi Tanah dan Ukur (PINTU) telah dibangunkan pada Februari 2013 bagi membuka ruang kerjasama yang lebih luas dan merupakan platform gunasama dalam perkongsian pintar berhubung hab koleksi / maklumat dalam bidang berkenaan.
  • Koleksi yang dimuatnaik dalam portal PINTU dijadikan pengukuran KPI bermula tahun 2014.

TREND PENCAPAIAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tahun

Pencapaian (koleksi)*

2014

339

2015

290

2016

271

*Jumlah kumulatif koleksi yang dimuatnaik

JUSTIFIKASI

 

 

  • Sebagai sebuah institut latihan awam (ILA), INSTUN bertanggungjawab memastikan kemudahan akses sumber maklumat negara pada tahap tertinggi dan siap siaga. Ia merupakan fungsi ILA sebagai Pusat Kecemerlangan Warisan Intelek Negara bagi penjanaan ilmu yang berterusan.
  • INSTUN perlu menyediakan dan menambah koleksi yang lebih luas dengan mengenalpasti, memilih dan memperoleh bahan-bahan terkini mengikut bidang dan kepakaran masing-masing dari dalam dan luar negara.
  • Pembangunan koleksi bukan sahaja tertumpu kepada sumber dari luar, tetapi juga perlu dijalankan secara dalaman melalui penulisan dan penerbitan dalaman. Ia bukan sahaja mempelbagaikan produk perkhidmatan malah dapat dijadikan sumber rujukan tambahan kepada tenaga pengajar dan peserta kursus.

SASARAN

 

 

 

 

 

 

 

Sasaran Sukuan Tahun 2017 (koleksi)*

Pertama

Kedua

Ketiga

Keempat

60

130

200

270

*Jumlah kumulatif koleksi yang dimuatnaik

DOKUMEN SOKONGAN

Statistik dan maklumbalas daripada INSTUN.

FREKUENSI LAPORAN/DATA

Pelaporan secara berkala / suku tahunan.

 


4.0   KRA - INFRASTRUKTUR LATIHAN YANG KONDUSIF DAN SELAMAT

 

KPI

 

PERATUS:

A)        PERBELANJAAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN – 95%

B)        SKOR KEPUASAN PELANGGAN – 81%

 

DESKRIPSI

  • KPI ini merujuk kepada usaha untuk menjadikan INSTUN sebagai sebuah institut latihan awam yang mampu berdaya saing dalam memenuhi kehendak stakeholder bagi menyediakan infrastruktur yang kondusif dan selamat.
  • KPI ini seiring dengan Teras 3 Pelan Strategik INSTUN (2015-2017) iaitu Khidmat Pengurusan yang berdaya saing.

KAEDAH PENGUKURAN

 

  • Pengukuran adalah melalui bilangan projek pembangunan dalam SPPII dan prestasi perbelanjaan projek pembangunan INSTUN.
  • Tahap kepuasan  pelanggan berhubung kemudahan latihan dalam eSpek.

Kaveat :

Kelulusan peruntukan pembangunan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar dan Kementerian Kewangan. Untuk itu, bagi mensasarkan bilangan projek setiap tahun adalah varian yang diluar bidang kuasa Jabatan.

KPI

2014

2015

2016

Bilangan projek pembangunan dalam SPPII

35

16

14

INSTUN mensasarkan dari segi peratus pelaksanaan peruntukan pembangunan bersaling kait dengan tahap kepuasan pelanggan terhadap kemudahan INSTUN dalam eSPEK. Kaedah pemantauan ini dibuat agar INSTUN dapat menyediakan infrastruktur latihan yang kondusif, selamat dan menarik minat peserta kursus.    

          

TREND PENCAPAIAN

 

 

 

 

(a) Prestasi perbelanjaan projek pembangunan INSTUN:

Tahun

Pencapaian

2014

97.00%

2015

100.00%

2016

99.76%

(b) Tahap kepuasan  pelanggan (peserta kursus) berhubung kemudahan latihan:

Tahun

Pencapaian

2014

82.0%

2015

85.0%

2016

84.0%

JUSTIFIKASI

  • Penyediaan infrastruktur latihan merupakan agenda penting dalam memastikan mutu penyampaian serta kepuasan pelangan dapat dicapai.
  • INSTUN telah wujud sejak tahun 1998, justeru banyak kerja-kerja menaiktaraf   perlu diambil perhatian oleh pihak pengurusan dalam mempergiatkan usaha menjadikan INSTUN sebagai institut latihan awam yang berdaya saing.

SASARAN

 

Sasaran Sukuan Tahun 2017*

Pertama

Kedua

Ketiga

Keempat

Prestasi perbelanjaan projek pembangunan INSTUN (Peruntukan yang diluluskan bagi tahun 2017) (peratus)

Urusan dokumentasi

45

65

95

Tahap kepuasan  pelanggan (Peserta Kursus) berhubung kemudahan latihan dalam eSpek (peratus)

81

81

81

81

 

* Peratus Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan dan Tahap Kepuasan Pelanggan berhubung Kemudahan Latihan

DOKUMEN SOKONGAN

Statistik dan maklumbalas daripada INSTUN.

FREKUENSI LAPORAN/DATA

Pelaporan secara berkala / suku tahunan.

 


5.0   KRA - PENGURUSAN KOMPETENSI MODAL INSAN SEKTOR TANAH DAN UKUR NEGARA

 

KPI

 

PERATUS SKOR MARKAH KAJIAN KOMPETENSI (ESPEK) – 80%

DESKRIPSI

  • KPI ini merujuk kepada meningkatkan tahap kompetensi semua penjawat awam yang terlibat dengan sektor tanah dan ukur negara melalui pelaksanaan kursus yang komprehensif.
  • KPI ini selaras dengan misi INSTUN.

KAEDAH PENGUKURAN

  • Pengukuran adalah melalui soal selidik daripada peserta kursus berdasarkan tahap pemahaman sebelum dan selepas berkursus.
  • Setiap aspek mempunyai pemberat tersendiri dan hasil penilaian akan memberi gambaran tentang tahap kompetensi pegawai berkenaan.

TREND PENCAPAIAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tahun

Pencapaian

2014

-

2015

-

2016

86.0%*

 

*KPI ini diperkenalkan mulai Sukuan Kedua Tahun 2016

JUSTIFIKASI

 

 

  • Peningkatan kompetensi penjawat awam dalam sektor tanah dan ukur negara merupakan agenda penting dalam memastikan kelancaran kemajuan negara dan kenyakinan pelabur asing. 
  • INSTUN perlu merangka kursus-kursus dan program yang komprehensif dan selaras dengan keperluan semasa supaya penjawat awam dapat meningkatkan kompetensi masing-masing.

SASARAN

 

 

 

 

 

 

Sasaran Sukuan Tahun 2017*

Pertama

Kedua

Ketiga

Keempat

80%

80%

80%

80%

* KPI ini diperkenalkan mulai Sukuan Kedua Tahun 2016

DOKUMEN SOKONGAN

Statistik dan maklumbalas daripada INSTUN.

FREKUENSI LAPORAN/DATA

Pelaporan secara berkala / suku tahunan.

 

Cetak

jata 1m hrmis mygeo mampu2 epsa   logoNRE2016 JAS JBK KPTG JMG JPS PERHILITAN JPSM JTLM JUPEM NAHRIM FRIM