Pilihan Bahasa

Bahasa Lain

Pilihan Warna   Default Blue Contrast     Saiz Teks  
A- A A+

Moto

 HURAIAN MOTO INSTUN 'MENDAHULUI CABARAN'

 

DEFINISI MENGIKUT KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA :

'MENDAHULUI' 

Ditakrifkan sebagai membuat atau melakukan sesuatu tugasan lebih awal atau dahulu daripada segala sesuatu yang lain.

 

 'CABARAN'  

 

Pula diertikan sebagai

 

  • Perihal mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan);
  • Ajakan (untuk berlawan);
  • Sesuatu (unsur, faktor) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan sebagainya).

 

HURAIAN DEFINISI :

'MENDAHULUI'

Setiap Warga INSTUN:

  • Mestilah melakukan sesuatu atau bergerak lebih awal dari individu/institut latihan/jabatan/agensi lain dalam apa jua tindakan sekali pun;
  • Hendaklah bergerak dalam satu pasukan kerja yang mantap, proaktif, dinamik, tanpa gentar menghadapi arus perubahan semasa;
  • Terus mendahului orang lain dalam pnggunaan teknologi maklumat seperti penggunaan alatan terkini ICT, penggunaan email, internet dan intranet, kerana di INSTUN inilah bermulanya program latihan teknologi maklumat, amat mengecewakan jika warga INSTUN sendiri tidak mendahului merebut cabaran dan peluang mempelajari serta mengamalkan penggunaan ICT;
  • Digalakkan mendahului dan menerokai kreativiti dan inovasi untuk diaplikasikan dalam sistem pengurusan latihan dan sistem pembelajaran program latihan;
  • Bergerak melakukan anjakan paradigma iaitu mengubah `mind set’ dan mendahului dalam meneroka bidang teknologi maklumat dan lain-lain bidang teknologi yang berkaitan;
  • Mendahului mengatur, merancang dan melaksanakan agenda wawasan INSTUN dengan mengukuhkan program latihan, meningkatkan tindakan susulan, penilaian secara berterusan, menerapkan konsep mesra pelanggan dan memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan;
  • Jauhkan sikap merasa selesa dengan keadaan sekarang, jangan jadi seperti pahat dengan penukul, jangan mengambil sikap tunggu dan lihat serta membiarkan orang lain merampas peranan INSTUN sebagai institut latihan dalam disiplin/bidang tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat.

'CABARAN'

Jika kita renungi definisi di atas maka kita dapati CABARAN itu sebenarnya satu situasi atau kesukaran yang perlu kita tempuhi. Jika satu situasi itu tidak ada kesukaran maka ianya bukanlah CABARAN. Manakala yang lebih penting kesukaran yang dilalui itu haruslah mempunyai ciri-ciri untuk menguji diri seseorang individu supaya dapat bertindak membuat sesuatu. Kita dilahirkan di bumi ini sememangnya untuk diuji.  Ujian datang dalam pelbagai bentuk sama ada ujian dari segi fizikal, mental dan spiritual.  Hanya mereka yang mampu menghadapi ujian sahajalah akan berjaya hidup di dunia dan di akhirat.  Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa CABARAN itu adalah pasport ke  arah memperkasakan diri untuk mencapai kejayaan dan kesejahteraan hidup.

Untuk menghadapi cabaran, Warga INSTUN perlu sentiasa:

  • Muhasabah Diri:
    Seperti yang dinyatakan, cabaran menguji kebolehan kita. Oleh itu, Warga INSTUN perlu sentiasa menilai kembali kekuatan dan kelemahan diri dalam melaksanakan fungsi penubuhan asal INSTUN.  Adakah kita telah mengubah dan bersedia untuk membawa INSTUN menjadi sebuah pusat latihan dan rujukan serta penyelidikan yang terunggul di ASEAN dalam disiplin tanah, ukur, pemetaan serta teknologi maklumat menjelang 2020.  Warga INSTUN disaran melakukan proses penambahbaikan dalam proses kerja, pengurusan latihan, metodologi pembelajaran, pengurusan organisasi dan pembangunan sumber manusia  bagi mencapai wawasan tersebut.

  • Kepekaan Diri:
    Manusia yang peka adalah mereka yang selalu tercabar dalam melaksanakan sesuatu tugasan, tanggungjawab dan amanah.  Manusia yang leka adalah mereka yang hidup dalam keadaan keselesaan tanpa sebarang CABARAN.  Malah orang seperti ini amat takut pada CABARAN serta tidak mahu dirinya dicabar dan tidak mahu mengalami sebarang perubahan.  Kepekaan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab adalah penting untuk mewujudkan suasana kerja yang seronok dan produktif.  CABARAN menjadikan seseorang itu sedar atau peka terhadap perkembangan yang berlaku di sekitarnya sama ada perkembangan penggunaan ICT, arus pemodenan dan globalisasi. Warga INSTUN perlu peka bagi menyahut cabaran yang bakal mendatang.

  • Meningkatkan Kreativiti:
    Kebiasaannya manusia akan hanya berfikir apabila ia menghadapi sesuatu masalah.  Dalam hal ini CABARAN dapat membantu mencetus fikiran dan idea baru dalam menyelesaikan tugasan harian.  Institut latihan yang telah berjaya biasanya  mempunyai warga kerja yang begitu kreatif. Kreativiti seseorang itu mampu melahirkan inovasi yang menjadi tonggak ke arah pembangunan sesebuah institut latihan.  Lihatlah institut latihan (cth: INTAN, INSPEN) telah mendahului INSTUN dalam semua aspek samada prasarana infrastruktur, sistem pengurusan latihan, sistem kewangan, sistem pembelajaran dan sebagainya atas kreativiti, inovasi dan proaktif pegawai-pegawainya. Usah kita berpeluk tubuh dan membiarkan orang lain mendahului kita. Jadikan INSTUN setara dengan institut latihan lain di Malaysia.

  • Meningkat Motivasi Diri:
    Cabaran juga mampu menyemarakkan semangat dan emosi seseorang untuk melakukan sesuatu.  Melihat kepada betapa pentingnya CABARAN yang menjadi seolah-olah pemangkin kepada kejayaan, maka dapatlah disimpulkan bahawa cabaran adalah merupakan peluang ke arah kejayaan. Setiap warga INSTUN perlu mempunyai motivasi tinggi dalam membangun dan merealisasikan wawasan INSTUN.

Satu CABARAN besar hasil daripada perubahan serta  pengharapan ini ialah keupayaan untuk sentiasa ke hadapan atau mendahului, bukan sahaja sebagai peneraju dalam bidang tanah, ukur, pemetaan dan teknologi maklumat tetapi juga sebagai penggerak bagi memastikan pelanggan INSTUN benar-benar merasai INSTUN adalah salah sebuah institut latihan terbaik yang pernah mereka hadiri.

Untuk mendahului CABARAN bukannya mudah, alat yang ampuh ialah ilmu pengetahuan, kepakaran dan profesionalisme. Justeru itu setiap Warga INSTUN perlu terus menimba ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya bidang pentadbiran tanah, ukur, pemetaan serta teknologi maklumat disamping bidang-bidang lain seperti bidang pengurusan latihan, pengurusan organisasi, pengurusan sumber manusia dan pengurusan kewangan.

INSTUN sebagai institusi latihan bukan sahaja perlu dilihat sebagai cemerlang dan terunggul di ASEAN tetapi harus sentiasa dilihat mendahului zaman dan cabaran. Walaupun kita boleh sedikit berbangga dengan pencapaian sehingga kini, tugas dan cabaran masa depan memerlukan kita bersama bekerja membangunkan INSTUN dengan lebih gigih, bersungguh-sungguh, komitmen yang tinggi, sistematik dan proaktif.  Setiap detik kita perlu bersedia menilai dan bermuhasabah diri untuk mengenalpasti kekurangan dan kelemahan yang harus diperbaiki dan lakukanlah penambahbaikan, hatta mempelajari daripada mereka (institusi latihan/jabatan/agensi lain) yang lebih cemerlang.

Cetak

jata 1m hrmis mygeo mampu2 epsa   logoNRE2016 JAS JBK KPTG JMG JPS PERHILITAN JPSM JTLM JUPEM NAHRIM FRIM