Pilihan Bahasa

Bahasa Lain

Pilihan Warna   Default Blue Contrast     Saiz Teks  
A- A A+

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

pengarah2017

Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada semua para pengunjung kerana sudi meluangkan masa melayari laman web rasmi Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN).

Laman web ini diwujudkan antara lain adalah sebagai sumber rujukan dalam membantu memberi maklumat yang cepat dan tepat kepada para pengunjung mengenai kursus-kursus yang telah dirancangkan kepada para pelanggan yang terdiri daripada mereka yang terlibat dengan pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat di Malaysia. Harapan saya adalah supaya informasi-informasi yang dimuatkan di dalam laman web rasmi ini akan membantu para pengunjung untuk mendapatkan maklumat yang terkini yang diperlukan, terutamanya bagi memilih program latihan mengikut kesesuaian dan keperluan masing-masing.

Adalah diharapkan kakitangan kerajaan, orang awam, pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan berkanun dapat memanfaatkan laman web rasmi ini bagi memilih kursus mengikut kesesuaian dan keperluan jabatan masing-masing dengan membuat permohonan secara bertulis ataupun memohon kursus atas talian (online) dengan kewujudan sistem eSPEK di laman web rasmi INSTUN. Terkini, permohonan kursus boleh dibuat secara online menerusi aplikasi baharu di google play iaitu mobil eSPEK INSTUN.

Insya-Allah dengan latihan yang terancang, INSTUN akan dapat merealisasikan visi dan misi untuk memaju dan membangunkan modal insan serta mewujudkan masyarakat berpengetahuan dalam bidang pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat yang berkaitan melalui program latihan yang komprehensif, sistematik dan berkualiti serta penyediaan bahan rujukan yang berkaitan untuk masyarakat umum.

Sekian, terima kasih.

PUAN NOREHAN BINTI HAJI OMAR

PENGARAH,

INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA

BEHRANG,

35950 TANJUNG MALIM,

PERAK

Cetak

jata 1m hrmis mygeo mampu2 epsa   logoNRE2016 JAS JBK KPTG JMG JPS PERHILITAN JPSM JTLM JUPEM NAHRIM FRIM