Pilihan Bahasa

Bahasa Lain

Pilihan Warna   Default Blue Contrast     Saiz Teks  
A- A A+

Soalan Lazim

 Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Laman Web Rasmi INSTUN.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain, sila emel kepada kami di

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

 SOALAN LAZIM

1.

Apakah jenis-jenis kursus yang ditawarkan oleh INSTUN?

Setiap tahun INSTUN akan menawarkan kursus-kursus dlam bidang pentadbiran tanah, bidang ukur dan pemetaan serta bidang teknologi maklumat.

 

2.

Bagaimanakah cara untuk memohon bagi mengikuti kursus di INSTUN?

Terdapat dua cara untuk memohon kursus iaitu pertama secara 'online' melalui eSPEK dan kedua dengan menggunakan borang. Tetapi pihak INSTUN menggalakkan permohonan dibuat secara 'online'. Kedua-dua cara ini dijelaskan di Laman Web Rasmi INSTUN. Bagi yang memilih menggunakan kaedah manual, borang permohonan boleh diperolehi dengan muat turun melalui Laman Web Rasmi INSTUN atau mendapatkannya di Kampus INSTUN. Borang yang telah lengkap diiisi perlu dihantar melalui Ketua Jabatan dua minggu sebelum tarikh kursus bermula.

 

3.

Walaupun Buku dan Kalendar Program Latihan INSTUN telah diedarkan pada bulan Disember setiap tahun, adakah INSTUN masih memaklumkan dari masa ke semasa kursus yang dijalankan di INSTUN?

Ya. Dalam menyebarkan maklumat kursus kepada orang ramai, INSTUN masih mengekalkan tiga pendekatan iaitu: Pertama, setiap tahun (biasanya bulan Disember) INSTUN akan mengedarkan Buku dan Kalendar Program Latihan INSTUN kepada jabatan/agensi. Kedua, mengedarkan program kursus dari semasa ke semasa setiap bulan. Ketiga, memaparkan kursus semasa di laman web INSTUN.

 

4.

Bolehkah permohonan dibuat menggunakan borang yang difotostat?

Boleh, selagi maklumat yang diisi jelas, boleh dibaca dan menepati kehendak penganjur kursus.

 

5.

Berapa lamakah setiap kursus yang dianjurkan oleh INSTUN?

Jangkamasa kursus bergantung kepada jenis kursus yang dipilih.Kebanyakan kursus yang dijalankan di INSTUN adalah selama 3 hingga 5 hari, manakala kursus jangka panjang (kursus wajib) adalah dalam lingkungan 2 minggu hingga 6 bulan.

 

Cetak

jata 1m hrmis mygeo mampu2 epsa   logoNRE2016 JAS JBK KPTG JMG JPS PERHILITAN JPSM JTLM JUPEM NAHRIM FRIM