Pilihan Bahasa

Bahasa Lain

Pilihan Warna   Default Blue Contrast     Saiz Teks  
A- A A+

Mesyuarat Perancangan Strategik Jawatankuasa Kebajikan PPTD

Mesyuarat Perancangan Strategik Jawatankuasa Kebajikan PPTD (Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik) Malaysia Tahun 2018 merupakan mesyuarat tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia. Pada tahun ini INSTUN sekali lagi telah dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran mesyuarat berkenaan selepas julung kali diadakan pada tahun 2016. Mesyuarat ini telah diadakan pada 5 – 7 januari 2018 bertempat di INSTUN. Seramai 23 ahli mesyuarat termasuk urusetia terlibat dalam mesyuarat ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan PPTD Malaysia, YBhg. Dato' Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus dan membincangkan hal ehwal berkaitan organisasi jawatankuasa dan perancangan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan bagi tahun 2018. Kehadiran mesyuarat terdiri daripada kalangan ahli-ahli jawatankuasa, ahli-ahli  PPTD dan beberapa rakan strategik sekitar Daerah Muallim seperti Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM), UPSI, badan-badan korporat/perniagaan dan INSTUN. Secara keseluruhan mesyuarat telah dilaksanakan dengan jayanya bersama resolusi-resolusi baru yang bakal dilaksanakan pada tahun 2018.

180108 pptd1

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan PPTD Malaysia, YBhg. Dato' Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus.

 

180108 pptd2

Semasa sesi mesyuarat sedang berlansung.

 

180108 pptd3

Carta organisasi Jawatankuasa Kebajikan PPTD Malaysia 2018/2019

Cetak

jata 1m hrmis mygeo mampu2 epsa   logoNRE2016 JAS JBK KPTG JMG JPS PERHILITAN JPSM JTLM JUPEM NAHRIM FRIM