Pilihan Bahasa

Bahasa Lain

Pilihan Warna   Default Blue Contrast     Saiz Teks  
A- A A+
  • Laman Utama
  • RSS-Berita
  • Sesi Pengauditan Pensijilan Semula & Naiktaraf MS ISO 9001:2015 INSTUN MS ISO 9001:2015 INSTUN

Sesi Pengauditan Pensijilan Semula & Naiktaraf MS ISO 9001:2015 INSTUN MS ISO 9001:2015 INSTUN

AKTIVITI       : SESI PENGAUDITAN PENSIJILAN SEMULA & NAIKTARAF

MS ISO 9001:2015 INSTUN OLEH SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

TARIKH        : 2 hingga 4 April 2018 (3 hari)

TEMPAT      : Bilik Persidangan, Anjung INSTUN

PENGLIBATAN: Pegawai Yang Bertanggungjawab daripada Bahagian masing-masing.

RINGKASAN PROGRAM

INSTUN telah menerima lawatan Audit Pensijilan Semula & Naiktaraf MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Ketua Juruaudit, Encik Mohd Nasim bin Zakaria dan Juruaudit, Encik Muhammad Fadhlullah bin Rahmat bermula pada 2 hingga 4 April 2018. Audit merangkumi standard dan proses-proses kerja seperti termaktub di dalam Prosedur Kualiti Utama (PK) dan Prosedur Kualiti Sokongan (PS) sepanjang pelaksanaan ISO versi 2015 bermula Mei 2017. Skop pensijilan INSTUN yang dinilai adalah Pembentukan Kurikulum Kursus & Pengurusan Latihan dan Proses-proses Sokongan Berkaitan.

Objektif pelaksanaan audit oleh pihak SIRIM QAS kali ini adalah untuk memastikan INSTUN telah bersedia dalam peralihan/migrasi untuk memperoleh Pensijilan Semula & Naiktaraf daripada MS ISO 9001:2008 kepada MS ISO 9001:2015 yang mana sesebuah Jabatan/Organisasi mesti mewujud, melaksana, menyelenggara dan menambahbaik sistem pengurusan kualiti secara berterusan, termasuk proses yang diperlukan dan interaksi proses tersebut, selaras dengan keperluan Standard Antarabangsa ini. Untuk makluman, MS ISO 9001:2015 adalah satu standard bertulis yang menetapkan keperluan asas dalam melaksanakan sistem pengurusan kualiti bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan dan stakeholder (pihak berkepentingan).

Hasil audit mendapati penemuan sebanyak tujuh (7) Peluang Penambahbaikan atau Opportunity for Improvement (OFI) dan tiada tindakan laporan selanjutnya perlu dikemukakan kepada pihak SIRIM.Tindakan pembetulan dan penambahbaikan perlu dilakukan dan dilaporkan di dalam MKSP seterusnya.

INSTUN telah disyorkan untuk memperoleh Pensijilan Semula & Naiktaraf MS ISO 9001:2015 oleh pihak SIRIM QAS yang mana dijangka pemerolehan pensijilannya dalam tempoh sebulan daripada tarikh audit. Tahniah kepada semua warga INSTUN yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam pelaksanaan MS ISO 9001:2015.

180413 auditISO1

180413 auditISO2

Ketua Bahagian Ukur dan Pemetaan (BUP) iaitu En. Taufek bin Kassim mengalu-alukan kehadiran 2 pegawai Juruaudit SIRIM QAS semasa sesi Mesyuarat Pembukaan Audit Pensijilan Semula & Naiktaraf MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2018.

 

180413 auditISO3

Sesi pengauditan sedang dijalankan di Bilik Persidangan, Anjung INSTUN.

 

180413 auditISO4

180413 auditISO5

Ketua BUP (En. Taufek bin Kassim) dan Ketua Bahagian R&D (Pn. Haslina bt. Tan Sali) selaku Wakil Pengurusan ISO INSTUN menyampaikan cenderahati kepada Juruaudit SIRIM (En. Nasim dan En. Fadhlullah) sebagai tanda penghargaan.

Cetak

jata   hrmis mygeo mampu2 epsa   logoNRE2016 JAS JBK KPTG JMG JPS PERHILITAN JPSM JTLM JUPEM NAHRIM FRIM