Pilihan Bahasa

Bahasa Lain

Pilihan Warna   Default Blue Contrast     Saiz Teks  
A- A A+

Sinopsis Buku Pilihan Oktober- Seni Bina Malaysia: Warisan Dalam Kepelbagaian

okt last

Mohd Azmi Bin Mohd Yusof  (Ketua Editor dan Penyelidikan)

Seni Bina Malaysia : Warisan Dalam Kepelbagaian

Kuala Lumpur : Jabatan Muzium Malaysia

ISBN : 978-967-0372-18-1

Seni bina merupakan salah satu aspek penting untuk menggambarkan kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat Malaysia. Bidang ini juga mampu menghuraikan dan memberikan penjelasan mengenai beberapa persoalan sama ada dari segi sejarah, budaya, estetika, kerohanian dan sebagainya yang melingkari konsep pandangan dunia masyarakat setempat.

Penerbitan buku ini juga adalah selaras dengan matlamat untuk menghimpunkan maklumat secara umum mengenai kepelbagaian yang terdapat dalam bidang seni bina di Malaysia. Buku khas ini juga dihasilkan bersempena penjenamaan semula Muzium Seni Bina Malaysia sebagai salah sebuah muzium khusus yang ditubuhkan bagi memberikan peluang kepada masyarakat umum menatap dan mendapatkan gambaran tentang perkembangan bidang seni bina yang terdapat di Malaysia.

Buku yang dihasilkan melalui penyelidikan dan  pengumpulan bahan bagi penyediaan muzium ini akan mengupas secara umum mengenai beberapa pendekatan yang merangkumi sejarah, kepercayaan, teknologi dan motif yang terdapat dalam warisan seni bina masyarakat di Malaysia. Diharapkan dengan penerbitan buku ini akan dapat memberikan sedikit gambaran ringkas mengenai warisan seni bina di Malaysia serta membuka lebih banyak ruang kepada penggiat dan peminat seni bina mengkaji lebih mendalam tentang kepelbagaian yang ada dalam bidang seni bina.

Buku ini mengandungi 7 bab iaitu :

Bab 1)    Sejarah Dan Perkembangan Seni Bina Malaysia

Bab 2)    Seni Bina Dan Kepercayaan

Bab 3)    Tipologi Seni Bina Malaysia

Bab 4)    Ukiran Dalam Seni Bina

Bab 5)    Motif Dalam Seni Bina     

Bab 6)    Peralatan Dan Teknologi Dalam Seni Bina

Bab 7)    Bahan-Bahan Dalam Seni Bina                    

Warga INSTUN boleh mendapatkan buku ini di Perpustakaan INSTUN di kedudukan  rak  720.9595 SEN

Selamat Membaca.

Cetak

jata hrmis mygeo mampu2 epsa   KATS JPP KPTG JMG JPS PERHILITAN JPSM JTLM JUPEM NAHRIM FRIM SPAN