Pilihan Bahasa

Bahasa Lain

Pilihan Warna   Default Blue Contrast     Saiz Teks  
A- A A+

Sinopsis Buku Pilihan Disember 2018 Vol.1

disember a

ULASAN BUKU    

                  

JAIYA BIN ABU

Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] : Antara Isu dan Cabaran

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Behrang Ulu, Perak Darul Ridzuan, 2018

ISBN : 978-983-43446-7-2

Artikel yang dibukukan ini bertujuan melihat beberapa isu dan cabaran dalam proses pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT) supaya beberapa mekanisma dan strategi dapat diambil kira dalam proses di peringkat pra, semasa dan pasca pengambilan tanah.

Sejak mula diperkenalkan pada 13 Oktober 1960, APT telah melalui 14 kali proses pindaan dan yang terkini adalah melalui Akta Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016 [Akta A1517] yang melibatkan pindaan ke atas 40 seksyen, 1 seksyen baharu dan 1 Jadual. Sehingga pindaan pada tahun 1997 melalui Akta A999, pengambilan tanah yang dibenarkan hanyalah untuk maksud atau tujuan awam sahaja iaitu subseksyen 3(1)(a). Maksud awam itu tidak ada diberikan tafsiran di bawah mana-mana undang-undang dan secara tersiratnya ia amat berkaitan dengan tanggungjawab dan peranan kerajaan; Persekutuan atau Negeri.

Perubahan ekonomi yang amat pesat pada 1980an hingga 1990an menyaksikan sektor perindustrian menjadi lanskap pertumbuhan ekonomi negara sekaligus membawa kepada pindaan ke atas APT melalui Akta A999 yang memperkenalkan maksud atau tujuan baharu di bawah subseksyen 3(1)(b) dan (c).  Seiring dengan pembangunan yang dikecapi, isu dan cabaran dalam proses pengambilan tanah sebagai salah satu kaedah perolehan tanah turut bertambah dan kompleks sifatnya. Isu dan cabaran ini perlu dilihat sebagai ruang dan peluang oleh pihak-pihak berwajib agar membuat perancangan dan persediaan yang perlu demi mengukuhkan lagi APT supaya kekal relevan seiring dengan kemajuan fizikal dan masyarakat di negara ini tanpa menjejaskan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Kandungan   :

Abstrak

1.0       Pengenalan

2.0       Perancangan dan pemberimilikan

3.0       Permohonan dan tempoh masa

4.0       Kedesakan dan kesannya

5.0       Pengambilan sebahagian bangunan

6.0       Pemberian award pampasan

7.0       Hubungan kerjasama antara jabatan / agensi

8.0       Penyelenggaraan dan penyimpanan rekod

9.0       Pengukuran baki tanah, tambahan atau pengurangan pampasan dan pendaftaran hakmilik sambungan

10.0    Rujukan dan Perintah Mahkamah

11.0    Kesilapan dalam pembayaran

12.0    Pengambilan dan pemajuan tanah

13.0    Penguatkuasaan ke atas tanah berimilik

14.0    Pengambilan tanah di kawasan-kawasan penempatan berkelompok

15.0    Pengambilan tanah di kawasan tanah rizab Melayu

16.0    Setinggan

17.0    Penutup

Cetak

jata hrmis mygeo mampu2 epsa   KATS JPP KPTG JMG JPS PERHILITAN JPSM JTLM JUPEM NAHRIM FRIM SPAN