Pilihan Bahasa

Bahasa Lain

Pilihan Warna   Default Blue Contrast     Saiz Teks  
A- A A+

Sinopsis Buku Pilihan Januari 2019 Vol.1

 

ULASAN BUKU

190116 buku pilihan jan vol1

RAZALI OTHMAN

WAKAF TUNAI – Sejarah, Amalan dan Cabaran Masa Kini

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015.

ISBN : 978-983-49-0139-4

Amalan berwakaf menggunakan wang atau lebih dikenali dengan wakaf tunai telah kembali mendapat perhatian masyarakat. Malah kemunculannya bukan sahaja diterima secara meluas, tetapi juga dianggap sebagai anak kunci yang paling berpengaruh kepada kejayaan institusi wakaf masa kini. Namun terdapat perbezaan ketara antara wakaf tunai di zaman lampau dengan wakaf tunai sekarang. Dahulu, wakaf tunai dilakukan dengan menggunakan wang emas dan perak sebagai instrumennya. Tetapi sekarang wakaf tunai dilakukan menggunakan wang fiat. Dengan kata lain, tunai pada zaman lampau adalah dalam bentuk emas dan perak. Sementara tunai sekarang pula adalah dalam bentuk wang fiat. Berlatarbelakangkan senario tersebut, terdapat tiga persoalan yang perlu dirungkai berhubung penggunaan wang fiat sebagai instrumen wakaf tunai. Pertama, apakah pandangan sarjana berkaitan amalan wakaf tunai? Kedua, adakah wang fiat yang tidak disandarkan kepada sebarang nilai intrinsik, diurus secara legal tender dan nilainya yang ditentukan oleh kuasa pasaran selari dengan pensyariatan wakaf? Ketiga, apakah strategi yang sesuai bagi merealisasikan wakaf tunai yang mematuhi pensyariatan Islam?          

Bagi menjawab persoalan tersebut, buku ini telah ditulis dalam dua fasa. Fasa pertama membahaskan tentang sejarah awal perkembangan institusi wakaf, susur galur perkembangannya serta kemunculan wakaf tunai, khususnya di era pemerintahan kerajaan Uthmaniah. Seterusnya kemunculan semula wakaf tunai pada hari ini turut dibincangkan dengan memberi fokus terhadap instrumen, mekanisme dan sumbangannya terhadap pertumbuhan sosioekonomi masyarakat. Fasa kedua pula membahaskan tentang wang fiat yang digunakan sebagai instrumen untuk berwakaf pada hari ini. Pandangan para sarjana telah dikupas secara mendalam bagi mencari maksud wang yang bersifat sejagat. Dalil daripada al-Qur’an, al-Hadith dan ijmak ulamak telah turut diketengahkan untuk mencapai tujuan tersebut. Bagi melihat kepatuhan wang fiat dari sudut syarak pula, enam elemen telah dianalisis iaitu falsafah, penciptaan wang, susut nilai, fungsi, urus niaga dan elemen riba dalam wang fiat yang dihubungkan terus dengan tujuan pensyariatan wakaf tunai. Seterusnya, kefahaman masyarakat, pengurusan wakaf tunai dan ciri-ciri wang fiat yang menjadi cabaran sekunder turut dibincangkan.

Buku ini mengandungi 6 bab iaitu :

Bab 1)    Sejarah dan Perkembangan Institusi Wakaf

Bab 2)    Asal Usul dan Pelaksanaan Wakaf Tunai

Bab 3)    Amalan dan Pelaksanaan Wakaf Tunai Masa Kini

Bab 4)    Penilaian Semula Wang Fiat sebagai Instrumen Wakaf Tunai

Bab 5)    Cabaran Menggunakan Wang Fiat sebagai Instrumen Wakaf Tunai Masa Kini

Cetak

jata hrmis mygeo mampu2 epsa   KATS JPP KPTG JMG JPS PERHILITAN JPSM JTLM JUPEM NAHRIM FRIM SPAN