Pilihan Bahasa

Bahasa Lain

Pilihan Warna   Default Blue Contrast     Saiz Teks  
A- A A+

Sinopsis Buku Pilihan Februari 2019 Vol.1

ULASAN BUKU

 190215 buku pilihan feb vol1

N.S. RAJENDRAN

Pengajaran & Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi : Teori & Amalan

Penterjemah : Mohd Mustamam Abd Karim

Tanjong Malim, Perak : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2017.

ISBN : 978-967-0924-69-4

Berfikir boleh diajar dan dipelajari. Sudah berlalunya zaman yang mana kemahiran berfikir diajarkan kepada kumpulan pelajar elit dan terpilih sahaja. Pada masa ini hampir semua pemikir reformasi pendidikan mengesyorkan supaya kemahiran berfikir perlu diajarkan kepada semua pelajar.

Buku ini bertujuan memberikan pengetahuan yang perlu diketahui, kemahiran dan strategi kepada pendidik dan ibu bapa bagi memupuk kemahiran berfikir, dan yang lebih penting kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar dan kanak-kanak. Setiap orang berupaya berfikir. Bagi merealisasikan perkara ini, setiap orang perlu diberi galakan, diajar dan dibantu menguasai kemahiran berfikir aras tinggi.           

Buku ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian pertama mengandungi latar belakang, teori dan tinjauan tentang pengajaran berfikir. Bahagian kedua mengandungi kurikulum, pelbagai pendekatan, strategi dan teknik yang perlu diketahui untuk mengajar dan menilai penguasaan berfikir. Bahagian ketiga mengandungi  peranan guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan bahan sumber serta cadangan.

Buku ini ditulis untuk bakal guru, guru sekolah rendah dan menengah. Di samping itu buku ini boleh digunakan oleh pendidik di institusi latihan guru dan universiti yang terlibat dalam persediaan bakal guru dan juga yang memberikan latihan dalam perkhidmatan profesional bagi pengajaran kemahiran berfikir. Ibu bapa juga boleh mendapat manfaat daripada buku ini untuk membantu anak mereka menguasai kemahiran berfikir aras tinggi.

12 bab dalam buku ini adalah :

Bab 1)    Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi : Latar belakang, Isu dan Prospek         

Bab 2)    Mengajar Berfikir : Jenis, Teori dan Rumusan Kecerdasan

Bab 3)    Pembelajaran Berasaskan Otak

Bab 4)    Pengajaran Kemahiran Berfikir di Malaysia

Bab 5)    Pengajaran Kemahiran Berfikir : Model, Pendekatan, Strategi, Teknik dan Peralatan

Bab 6)    Mengajar Kemahiran Berfikir dalam Bidang Subjek

Bab 7)    Kurikulum Mengajar Kemahiran Berfikir

Bab 8)    Penilaian Penguasaan Kemahiran Berfikir Dalam Bilik Darjah

Bab 9)    Pengajaran Kemahiran Berfikir Guru

Bab 10)  Pelajar dan Pembelajaran Kemahiran Berfikir

Bab 11)  Peralatan Untuk Mengajar dan Menguasai Kemahiran Berfikir

Bab 12)  Saranan Bagi Guru dan Ibu Bapa

Warga INSTUN boleh mendapatkan buku ini di Perpustakaan INSTUN di kedudukan  rak  370.152 RAJ

Selamat Membaca.

Cetak

jata hrmis mygeo mampu2 epsa   KATS JPP KPTG JMG JPS PERHILITAN JPSM JTLM JUPEM NAHRIM FRIM SPAN