Pilihan Bahasa

Bahasa Lain

Pilihan Warna   Default Blue Contrast     Saiz Teks  
A- A A+

Sinopsis Buku Pilihan Februari 2019 Vol.2

ULASAN BUKU

190226 buku pilihan feb vol.2

Abdul Manan Ismail, Zahari Mahad Musa, Ahmad Zaki Salleh, Muhammad Nizam Awang @ Ali, Yasmin Hanani Mohd Safian, Irwan Mohd Subri, Syed Salim Syed Shamsuddin, Lukmanul Hakim Hj. Hanafi, Siti Nor Hafidza Razali

Kedudukan dan Amalan Tanah Adat Menurut Perspektif Syariah

Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan : Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia, 2016.

ISBN : 978-967-440-277-8

Adat Perpatih merupakan tradisi unik yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau Indonesia dan telah disebarkan amalan tersebut melalui penghijrahan masyarakatnya ke Tanah Melayu khususnya di Negeri Sembilan. Namun demikian, ia sering dikatakan bertentangan dengan hukum Syarak terutama berkaitan isu amalan hak milik tanah adat.

Buku ini bertujuan menghuraikan aspek kepatuhan Syariah dalam undang-undang tanah adat Negeri Sembilan. Penjelasan kedudukan tanah adat dalam Adat Perpatih di Negeri Sembilan adalah berdasarkan beberapa kerangka teori syarak seperti uruf, pemegang amanah, wakaf zurri dan lain-lain lagi.

Karya ini telah ditulis oleh sekumpulan penyelidik yang juga merupakan tenaga akademik di Fakulti Syariah dan Undang-undang, USIM. Ia merupakan hasil penyelidikan berbentuk kualitatif deskriptif yang mengguna kaedah analisis dokumen dan temubual berstruktur separa. Hasil penyelidikan kajian tersebut merumuskan bahawa amalan tanah adat di Negeri Sembilan adalah selari dengan ajaran Syariah.

Buku ini sesuai menjadi rujukan dan bacaan asas bagi mereka yang ingin mengetahui keunikan tanah adat di Negeri Sembilan terutamanya dalam melihat harmonisasi antara adat setempat masyarakat dengan peraturan yang ditetapkan dalam Islam.

Buku ini mengandungi 4 bab iaitu :

Bab 1)    Sejarah Tanah Adat di Negeri Sembilan

  • Maksud Adat Minangkabau
  • Sumber Dasar Ajaran Adat Minangkabau
  • Nilai-nilai yang Terkandung dalam Adat Minangkabau
  • Tujuan dalam Amalan Adat Minangkabau
  • Konsep Harta dalam Adat Perpatih
  • Sistem Pewarisan Tanah Adat

Bab 2)    Amalan Tanah Adat Menurut Undang-Undang

  • Pentadbiran Tanah Adat Sebelum Enakmen Pegangan Adat 1909
  • Enakmen Pegangan Adat 1926
  • Enakmen Tanah Negeri Sembilan No. 1 1930 (ETNS1930)
  • Kanun Tanah Bab 138 dan Enakmen Pegangan Adat Bab 215 (Pindaan) Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Bab 3)    Teori Syarak Berkaitan Kedudukan dan Amalan Tanah Adat

  • Teori Ihya Al-Mawat
  • Teori Uruf
  • Teori Hukum Asal Faraid
  • Teori Amanah Menurut Islam
  • Teori Pewarisan kepada Wanita dalam Faraid
  • Teori Pendekatan Takharuj dalam Faraid
  • Teori Wakaf Zurri (Ahli) dalam Pemilikan

Bab 4)    Kedudukan dan Amalan Tanah Adat dalam Hukum Syarak

  • Aspek Pematuhan Syariah
  • Tanah Adat dalam Hukum Syariah       

Warga INSTUN boleh mendapatkan buku ini di Perpustakaan INSTUN di kedudukan  rak  306.8309595117 KED

Selamat Membaca.

Cetak

jata hrmis mygeo mampu2 epsa   KATS JPP KPTG JMG JPS PERHILITAN JPSM JTLM JUPEM NAHRIM FRIM SPAN