Pilihan Bahasa

Bahasa Lain

Pilihan Warna   Default Blue Contrast     Saiz Teks  
A- A A+

Sinopsis Buku Pilihan Mac 2019 Vol.1

ULASAN BUKU

190313 buku pilihan mac vol.1

RADZUAN NORDIN, IBNOR AZLI IBRAHIM

Bicara Tentang Bulan – Daripada Sudut Pandang Astrofiqh

Melaka : Penerbit Universiti, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, 2015.

ISBN : 978-967-0257-41-9

“Bicara Tentang Bulan Daripada Sudut Pandang Astrofiqh” adalah sebuah buku kecil yang menampilkan perbahasan ringkas tentang bulan menurut astronomi dan fiqh Islam. Ia dibuat dengan begitu ringkas untuk memudahkan pencinta bidang ini merujuk maklumat yang berkaitan tentang bulan dan hilal menurut al-Quran dan al-Sunnah di samping tafsiran astronomi terhadap perkara yang berkaitan dengannya.         

Persoalan bulan, hilal dan Takwim Hijri yang disentuh oleh buku kecil ini adalah amat wajar diambil perhatian. Maklumat tentang sains kenampakan hilal yang dikemukakan dalam buku kecil ini juga adalah bersesuaian dalam suasana umat Islam kini yang penuh cabaran dan kekeliruan dalam isu berkaitan.

Buku ini mengandungi 4 bab iaitu :

Bab 1)    Tentang Bulan (al- Qamar)

  • Peredaran Bulan Mengelilingi Bumi
  • Fasa-fasa Bulan
  • Gerhana Bulan dan Matahari
  • Manzilah Bulan
  • Buruj

Bab 2)     Apa itu Hilal

  • Hilal dari Segi Bahasa
  • Hilal dari Segi Istilah
  • Hilal dan Kelahiran Hilal

Bab 3)     Hilal Menurut Astrofiqh

  • Hilal dan al-Quran
  • Hadis-hadis Berkaitan Hilal

Bab 4)      Astrofiqh Penentuan Awal Bulan

  • Kefahaman Berkaitan Ilmu Falak
  • Keadaan Persekitaran Semasa
  • Rukyah adalah Qat’ie

Warga INSTUN boleh mendapatkan buku ini di Perpustakaan INSTUN di kedudukan  rak 523.3 RAD

Selamat Membaca.

Cetak

jata hrmis mygeo mampu2 epsa   KATS JPP KPTG JMG JPS PERHILITAN JPSM JTLM JUPEM NAHRIM FRIM SPAN