Pilihan Bahasa

Bahasa Lain

Pilihan Warna   Default Blue Contrast     Saiz Teks  
A- A A+

Sinopsis Buku Pilihan Mac 2019 - Vol 2

ULASAN BUKU

 

MOHD. TAIB DORA, MOHAMAD ZAHIR ZAINUDIN, MUHD. AKMAL NOOR RAJIKON, MOHD. NIZAM YUSOF

Kecemerlangan Kerja Berpasukan

Melaka : Penerbit Universiti, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, 2015.

ISBN : 978-967-0257-54-9

Buku ini memperkatakan kemahiran bekerja secara berpasukan yang mana menjadi salah satu jenis kerja dengan orang lain yang paling popular dan berkesan.Sudah banyak organisasi besar dan pakar pengurusan menekankan kepentingan aspek ini. Kerja berpasukan adalah penyumbang terbesar kepada kejayaan syarikat gergasi korporat dan prestasi mengagumkan pertubuhan induk dunia. Ia umpama suatu rahsia yang mesti diterokai oleh semua.

Selain daripada kaedah kerja dalam pasukan yang formal dan identikal, buku ini juga memberi kita beberapa tips dan kemahiran yang penting untuk bekerja dengan orang di sekeliling kita. Kadangkala kita boleh juga menganggap orang di sekeliling sebagai sebuah pasukan yang turut sama membantu kejayaan hidup kita.

Ada banyak kemahiran kerja berpasukan yang perlu kita terokai. Antaranya ialah komunikasi dalam pasukan, membuat keputusan beramai-ramai, mengendalikan konflik, membina kreativiti, kepimpinan, memotivasikan, membuat penilaian dan memberi ganjaran. Kandungan buku ini adalah gabungan daripada pengalaman dan idea-idea pakar pengurusan dalam perbincangan berkaitan kerja berpasukan. Selain itu, ia turut menyelitkan kisah-kisah teladan supaya lebih mudah difahami oleh pembaca.  Semoga semua mendapat manfaat dan pengetahuan baharu daripada buku ini.

Buku ini mengandungi 7 bab iaitu :

Bab 1)    Pengenalan Kerja Berpasukan

Bab 2)     Definisi Konsep Pasukan dan Kerja Berpasukan

Bab 3)    Teras Pembentukan Kerja Berpasukan

Bab 4)     Kepentingan Kerja Berpasukan

Bab 5)     Budaya Kerja Berpasukan

Bab 6)     Aplikasi Kerja Berpasukan

Bab 7)     Isu dan Cabaran Kerja Berpasukan

Warga INSTUN boleh mendapatkan buku ini  di Perpustakaan INSTUN di kedudukan rak 658.4022 MOH.

Selamat membaca.   



 

 

Cetak

jata hrmis mygeo mampu2 epsa   KATS JPP KPTG JMG JPS PERHILITAN JPSM JTLM JUPEM NAHRIM FRIM SPAN