Pilihan Bahasa

Bahasa Lain

Pilihan Warna   Default Blue Contrast     Saiz Teks  
A- A A+

Sinopsis Buku Pilihan Jun 2019 Bil.1

ULASAN BUKU

190611 buku pilihan jun bil.1

MOHD. AZHAR ABD. HAMID,HALIMAH MA’ALIP, PAIMAH ATOMA,SANITAH MOHD. YUSOF, SAFRI IBRAHIM, YUSOF BOON, ZALIZA MOHD. NASIR, ZAINUDIN HASSAN

Pengenalan Kepada Penulisan Ilmiah

Skudai,Johor Darul Ta’zim : Universiti Teknologi Malaysia, 2001

ISBN : 978-983-5202-30-8

Sinopsis:

Pengenalan kepada penulisan ilmiah merupakan sebuah karya yang memerihalkan tentang konsep, pendekatan dan tatacara penulisan secara ilmiah. Karya ini merupakan hasil gagasan dan gabungan idea lapan orang tenaga pengajar Universiti Teknologi Malaysia yang berpengalaman dalam pengajaran penulisan ilmiah pada peringkat pengajian tinggi. Karya seumpama ini amat penting untuk dijadikan panduan serta rujukan pensyarah dan pelajar agar mutu penulisan ilmiah dapat dikawalselia dan dipelihara. Setiap pelajar di institusi pengajian tinggi akan berhadapan dengan tatacara berfikir, berbicara dan menulis secara ilmiah. Namun begitu, penulisan ilmiah adalah teras kepada penglahiran dan penterjemahan pemikiran pelajar menerusi teks penulisan hasil daripada proses pembelajarannya di universiti. Oleh itu, penulisan ilmiah yang dihasilkan oleh seseorang pelajar mestilah dapat memberi gambaran tentang sikap, keindahan dan kualiti pemikiran ilmiah yang dimilikinya.

Kertas kerja ilmiah, laporan industri, projek sarjana muda dan tesis merupakan tugasan yang mesti dihasilkan oleh pelajar di sepanjang pengajiannya di institusi pengajian tinggi. Justeru itu, pada tahap awal kesemua tugasan tersebut menghendaki pelajar untuk memahami tatacara asas untuk menghasilkan suatu teks penulisan ilmiah yang bermutu. Keseluruhan bab dalam karya ini telah digarap dan dicerakinkan secara komprehensif dan bersistem bagi memudahkan pembaca memahami secara mekanis dan teknikal tatacara penulisan ilmiah yang bermutu. Selain itu, contoh sebuah penulisan ilmiah turut disertakan bagi memudahkan pemahaman pembaca.

Akhirnya, karya ini amat sesuai di baca oleh semua pelajar di institusi pengajian tinggi, maktab perguruan dan sesiapa saja yang berminat untuk memperbaiki mutu penulisan ilmiah. Semoga karya ini dapat mencetuskan budaya berfikir, berbicara dan menulis secara ilmiah dalam komuniti institusi pengajian tinggi dan masyarakat amnya.

Kandungan:

Prakata

Pendahuluan

Bab 1

Penulisan ilmiah: Suatu pengenalan

Penulisan ilmiah: Klasik ke Pascamoden

Paradigma penulisan ilmiah

Wacana ilmiah dan institusi pengajian tinggi

Definisi penulisan ilmiah

Bab 2

Pendekatan penulisan

Pendekatan penulisan

Pendekatan Epistemik dalam penulisan ilmiah

Langkah-langkah penulisan ilmiah mengikut pendekatan Epistemik

Kemahiran asas penulisan ilmiah

Bab 3

Rampai penulisan ilmiah

Bahasa

Bukti

Grafik

Penyelidikan

Bab 4

Pola penulisan ilmiah

Naratif

Deskriptif

Eksposisi

Argumentatif

Bab 5

Pedoman Tatabahasa Melayu dalam penulisan

Tatabahasa

Peranan tatabahasa

Pemilihan kata

Pembentukan ayat

Bab 6

Laras bahasa ilmiah

Gaya dan laras bahasa

Laras bahasa ilmiah

Ciri-ciri laras bahasa ilmiah

Beberapa contoh laras ilmiah

Bab 7

Penomboran dan Susunan

Definisi

Cara menulis penomboran

Bab 8

Pemerengganan dalam penulisan ilmiah

Definisi perenggan

Fungsi perenggan dalam penulisan ilmiah

Jenis-jenis perenggan

Ciri-ciri perenggan

Bab 9

Kutipan dalam penulisan ilmiah

Definisi

Format MLA

Format APA

Format CBE

Bab 10

Ejaan dalam penulisan

Pedoman umum ejaan bahasa Melayu

Sistem keselarasan vokal

Ejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris

Pengejaan di dan ke sebagai Awalan dan Kata Sendi

Bab 11

Tanda baca

Titik/noktah (.)

Tanda koma (,)

Tanda Sempang/sengkang (-)

Titik bertindih (:)

Bab 12

Bibliografi dalam penulisan ilmiah

Definisi bibliografi

Fungsi bibliografi

Struktur bibliografi

Cara menyusun bibliografi

Bab 13

Penyuntingan

Struktur dan format

Isi kandungan

Laras bahasa dan gaya bahasa

Konsistensi

Model penulisan ilmiah

Bibliografi

Indeks

 

Warga INSTUN boleh mendapatkan buku ini di Perpustakaan INSTUN di kedudukan  rak :  808.066 PEN

Selamat Membaca.

 

Cetak

jata hrmis mygeo mampu2 epsa   KATS JPP KPTG JMG JPS PERHILITAN JPSM JTLM JUPEM NAHRIM FRIM SPAN