Pilihan Bahasa

Bahasa Lain

Pilihan Warna   Default Blue Contrast     Saiz Teks  
A- A A+

Sinopsis Buku Pilihan: Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan

april 

AZIZI YAHAYA, PETER VOO, ISMAIL MAAKIP, MOHD DAHLAN A. MALEK

Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan

Tanjong Malim, Perak : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2017.

ISBN : 978-967-0924-76-2

Buku ini merangkumi aspek dalam proses membuat penyelidikan, iaitu daripada memahami kaedah membuat penyelidikan sehingga memulakan proposal kajian. Buku ini mempunyai 17 bab secara umumnya. Ia terbahagi kepada beberapa pendekatan iaitu menerangkan bagaimana membuat penyelidikan, bermula daripada membuat pernyataan masalah, objektif, persoalan kajian, jenis penyelidikan, hipotesis, pensampelan, kebolehpercayaan dan kesahan serta membina soal selidik. Objektif buku ini supaya penyelidik dapat menguasai kesemua penyelidikan dalam pendidikan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif.                

Karya ini bukan sahaja dihasilkan bagi mengisi keperluan akademik di peringkat universiti, tetapi juga bagi mengisi keperluan dalam penyelidikan dan kajian, khususnya para pendidik yang terlibat dalam institusi pendidikan tinggi. Buku ini juga boleh menjadi bahan rujukan dan bacaan berguna bagi golongan pembaca yang ingin mempertingkatkan pembangunan serta mutu penyelidikan mereka.

Buku ini mengandungi 17 bab iaitu :

Bab 1)    Konsep Penyelidikan Pendidikan

Bab 2)    Etika Penyelidikan

Bab 3)    Teori dalam Penyelidikan

Bab 4)    Penyelidikan Sejarah

Bab 5)    Penyelidikan Eksperimen

Bab 6)    Kajian Perbandingan Punca

Bab 7)    Kolerasi

Bab 8)    Pensampelan

Bab 9)    Masalah

Bab 10)  Pendekatan Kualitatif

Bab 11)  Triangulasi

Bab 12)  Hipotesis

Bab 13)  Pemboleh Ubah

Bab 14)  Kesahan dan Kebolehpercayaan

Bab 15)  Soal Selidik

Bab 16)  Pengukuran Sikap

Bab 17)  Memulakan Penyelidikan

Warga INSTUN boleh mendapatkan buku ini di Perpustakaan INSTUN di kedudukan  rak  370.7 KAE

Selamat Membaca.

Cetak

jata 1m hrmis mygeo mampu2 epsa   logoNRE2016 JAS JBK KPTG JMG JPS PERHILITAN JPSM JTLM JUPEM NAHRIM FRIM