PERTANDINGAN VIDEO JIWA MERDEKA NRES 2024
Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka
- Terbuka kepada semua warga kementerian, jabatan dan agensi di bawah NRES.
- Penyertaan secara individu atau berkumpulan.
- Video wajib bertemakan “Kemerdekaan” dan mengandungi mesej “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka”, “Semangat Patriotisme”, dan
“Perpaduan hidup berbilang kaum” - Video mesti menggunakan bahasa Malaysia atau bahasa daerah dengan sari kata bahasa Malaysia.
- Peserta bebas mengekspresikan tema dalam bentuk animasi, drama, sketsa, storytelling, komedi dan dokumentari. Infografik, photographic slides dan imej carousel adalah TIDAK DIBENARKAN.
- Video tidak boleh mengandungi unsur-unsur sensitiviti perkauman, agama, lucah, keganasan, atau kandungan yang melanggar undang-undang.
- Video yang dihantar perlulah asli, terkini, hasil karya peserta dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli atau diambil dari mana-mana sumber.
- Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
- Peserta bertanggungjawab sepenuhnya di atas hak cipta seluruh kandungan (muzik, gambar, dan video) yang digunakan.
- Penganjur berhak untuk menggunakan dan menerbitkan video yang dihantar bagi tujuan promosi dan dokumentasi di platform rasmi media elektronik.
- Tarikh akhir penghantaran video adalah pada 25 Ogos 2024.
- Durasi video 1 hingga 3 minit sahaja.
- Resolusi video adalah dalam format 1280×720 pixels (landscape).
- Format video MP4, MOV, atau AVI.
- Peserta perlu mengisi borang pendaftaran dengan mengimbas kod QR dibawah.
https://forms.gle/QtSSd368YGZ77Kmd7
5. Video perlu dimuatnaik menerusi akaun media sosial Facebook peserta dengan tetapan UMUM (Public). Tag akaun media sosial rasmi Institut Tanah dan Ukur Negara dan gunakan tanda pagar (hashtag) seperti berikut:
#HariKebangsaan #MalaysiaMadani #JiwaMerdeka #Merdeka360
#PertandinganVideoKemerdekaanNRES #NRES #INSTUN
6.Peserta WAJIB mengikuti (follow) akaun Facebook rasmi Institut Tanah dan Ukur Negara, di https://www.facebook.com/INSTUN.
- Pemenang akan dinilai mengikut kriteria:
- Idea & kreativiti
- Kesesuaian dengan tema
- Kualiti produksi
- Level of engagement (Likes & Views)
- Keputusan juri adalah muktamad.
Johan
Wang tunai RM200 dan sijil penghargaan
Naib Johan
Wang tunai RM150 dan sijil penghargaan
Tempat Ketiga
Wang tunai RM100 dan sijil penghargaan
Tempat ke 4 – 8
Wang tunai RM50 dan sijil penghargaan
Saguhati x 5
Hadiah Misteri
Pemenang akan diumumkan pada acara kemuncak sambutan kemerdekaan NRES pada 2 September 2024*.
*Tertakluk kepada perubahan.
CONTOH FORMAT
Format Video – 1280×720 pixels (landscape)
Pautan contoh video:
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Urus Setia Pertandingan Video Jiwa Merdeka NRES 2024
Abdul Rashid bin Omar rashid@instun.gov.my 05 4542830