• Bahasa Melayu
  • English

PENGUMUMAN SUSULAN ARAHAN KERAJAAN YANG MEWARTAKAN TOTAL LOCKDOWN FASA PERTAMA DI SELURUH NEGARA 1 - 14 JUN 2021 WAKTU OPERASI : 8.00 PAGI - 5.00 PTG PELANGGAN INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (INSTUN) ADALAH DIMOHON UNTUK BERURUSAN SECARA DALAM TALIAN MELALUI NOMBOR-NOMBOR BERIKUT : 1. NOREHAN BINTI OMAR 0192041601 PENGARAH 2. MOHD RIDZUAN BIN MOHD MAHYUDIN 0135154543 PENDAFTAR 3. AMINUDIN BIN RAMLI 0133887989 KESELAMATAN 4. ABDUL RASHID BIN OMAR 0196694245 PERHUBUNGAN AWAM 5. AHMAD KAMAL IHSAN BIN ANUAR 0132965607 KEWANGAN 6. ZULHASMI BIN MOHAMAD 0134219771 KETUA BAHAGIAN PENGURUSAN DAN PERUNDANGAN TANAH 7. ABDUL MALEK BIN ABDULLAH 0135998947 UNIT LATIHAN PENGURUSAN DAN PERUNDANGAN TANAH 8. GANESH BABU DEVAR A/L KUPPAN 0125125664 KETUA BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN 9. SR AHMAD AZMI BIN HASHIM 0124519871 KETUA BAHAGIAN UKUR DAN PEMETAAN 10. SR NOR MAHANI BINTI IBRAHIM 0136654787 UNIT LATIHAN UKUR DAN PEMETAAN 11. MURAD BIN ISA 0122639071 KETUA BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 12. NORIZAN BINTI AMRAN 0162540655 UNIT LATIHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Perutusan Pengarah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmatNya kita dapat melalui Tahun 2020 yang lalu dan memasuki Tahun Baharu 2021. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga kerja Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) yang telah berusaha dengan gigih dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang tahun lalu. Selamat menyambut Tahun Baharu 2021 kepada seluruh warga kerja INSTUN. Mudah-mudahan kedatangan Tahun Baharu 2021 ini disambut dengan satu tekad diri yang kukuh dan dengan niat yang positif untuk kita terus bekerja keras secara berpasukan dengan penuh keazaman dan semangat yang kental serta penuh iltizam untuk kita memacu kehadapan di samping bersama-sama mengharungi cabaran baru di Tahun 2021 dengan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang telah direncanakan. Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah SWT semoga usaha dan komitmen kita selama ini dalam menjalankan tugas yang diamanahkan mendapat keredhaanNya. InsyaAllah. Aamiin.

Dengan berlabuhnya tirai tahun 2020 dan melangkah ke tahun 2021 ini, kita perlu menoleh ke belakang sejenak bagi menilai sejauh mana objektif, misi dan strategi INSTUN sudah tercapai. Tahun 2021, telah masuk tahun kelima saya memikul tanggungjawab sebagai Pengarah INSTUN. Serentak dengan itu, usia INSTUN juga turut bertambah menjangkau 24 tahun pada tahun ini. Pelbagai kejayaan yang telah kita capai di samping kita juga berhadapan dengan pelbagai cabaran. Dalam hubungan ini, adalah sangat penting bagi kita untuk terus memuhasabah diri, menganalisa pelbagai faktor yang menyumbangkan kepada keadaan ini, menilai kejayaan atau kelemahan pencapaian di masa lalu dan mengambil iktibar serta pengajaran daripadanya untuk kita lebih bersiapsiaga untuk terus maju ke hadapan. Hakikatnya, “Business is no longer as usual”. Dalam konteks ini, semua warga kerja INSTUN perlu lebih kreatif dan inovatif dan berani melaksana dan mendepani cabaran kerja yang mendatang.

Saya berharap kerjasama di kalangan warga INSTUN sekalian, tidak kira yang bertugas di mana-mana bahagian dapat dipertingkatkan demi mencapai visi Jabatan sebagai Institut latihan pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan yang bertaraf dunia seperti yang didokumenkan dalam Dokumen Pelan Strategik Jabatan. Bagi tahun 2020, INSTUN akan melaksanakan beberapa Key Performance Indicator (KPI) baharu yang difikirkan boleh mempertingkatkan kecekapan pengurusan latihan serta memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan INSTUN. Ini termasuklah KPI bagi memperkemaskan proses dan hala tuju kursus dan latihan sedia ada yang dilaksanakan oleh INSTUN. Saya yakin ruang untuk membajai profesionalisme di kalangan warga INSTUN sentiasa terbuka luas dan kita berupaya sebenarnya membuat kerja dengan cepat, tepat dan berintegriti sebagaimana misi Jabatan iaitu membangun dan memperkasa kompetensi modal insan dalam bidang pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat yang berkaitan melalui program latihan yang terancang, sistematik dan berkualiti.

Akhir kata saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2021 kepada semua warga INSTUN. Semoga tahun 2021 akan menjadikan kita seorang penjawat awam yang lebih cemerlang, berinovatif dan berdedikasi serta penuh tanggungjawab untuk terus berkhidmat demi meningkatkan prestasi jabatan kita. Semoga segala niat suci murni kita semua untuk bersama-sama berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi pada tahun 2021 akan sentiasa mendapat hidayah dan keberkatan dari Allah SWT. Adalah menjadi harapan saya juga, semoga segala sumbangan dan sokongan murni serta semangat kental yang kita semua warisi untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang di Tahun 2021 akan menjadi satu kenyataan serta ibadah yang sentiasa memperolehi keberkatan dari Allah SWT, InsyaAllah.

Sekian, Wassalam.

PUAN NOREHAN BINTI HAJI OMAR

PENGARAH,

INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA

BEHRANG,

35950 TANJUNG MALIM,

PERAK

Skip to content