
Rawatan Penyakit Kronik
Spesifkasi:
Penulis: Haji Lokman Abdul Hamid
Jumlah halaman: 296 muka surat
Penerbit: Mustread Sdn. Bhd.
ISBN : 978-967-0716-40-4
Siri buku Perubatan al-Quran membuktikan betapa mujarabnya ayat-ayat al-Quran dalam merawat penyakit. Buku ini tampil dengan isu berkenaan 16 penyakit kronik yang sering dialami oleh rakyat Malaysia. Antaranya ialah penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung koronari dan strok.
Punca, symptom dan langkah pencegahan dirungkai satu per satu dengan garapan gaya bahasa yang mudah difahami oleh golongan umum. Isi buku ini padat dengan kupasan bagaimana al-Quran memiliki kuasa penyembuh yang tidak mampu dinafikan, meskipun proses rawatan tersebut tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Inilah anugerah bagi insan daripada Allah. Selain kaedah perubatan al-Quran, buku ini turut memaparkan kaedah perubatan moden dalam merawat penyakit kronik. Percayalah, tiada yang mustahil dengan izin Allah.
Buku ini sesuai untuk bacaan seisi keluarga yang ingin menambah ilmu pengetahuan tentang penyakit kronik, dan cara-cara penyembuhan melalui perubatan al-Quran. *Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 297.122861 LOK