• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Instun-logo

ULASAN BUKU BULAN DISEMBER 2021 (BIL. 2/2021)

Sayur-sayuranSemenanjung Malaysia

Spesifkasi:

Penulis: Halimathul Saadiah A. Shafiei

Jumlah halaman: 111 muka surat

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

ISBN : 978-62-5787-X

Buku ini ditulis dengan tujuan supaya pembaca dapat mengenali berbagai-bagai jenis sayuran yang terdapat di pasar. Sayur-sayuran tersebut dipaparkan dalam bentuk gambar berwarna yang menarik. Penerangan ringkas dari aspek kesesuaian habitat, agronomi dan cara penyediaannya juga disertakan bagi setiap jenis sayuran. Ada lebih 100 spesies sayuran yang menjadi kegemaran pelbagai kaum dimuatkan dalam buku ini. Buku ini ditulis dalam bahasa yang ringkas dan mudah difahami, dan sesuai sebagai bacaan umum bagi semua peringkat umur.

Penulis buku ini, Halimathul Saadiah A. Shafiei mendapat pendidikan awal dalam bidang pertanian di Universiti Pertanian Malaysia (1976), kemudian beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Tumbuhan untuk ijazah pertama di University of California, Davis (1980). Beliau memperoleh ijazah sarjana dalam bidang Teknologi Biji Benih dari Mississippi State University, Starkville, Amerika Syarikat (1982). Selepas tamat pengajian sehingga sekarang, beliau bertugas sebagai pegawai penyelidik di MARDI.

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 635.095951HAL

Skip to content