Mengurus Kerja & Waktu

Spesifikasi:
Penulis: Ahmad Fadzli Yusof
Jumlah halaman: 268 muka surat
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Cetakan tahun 2002
ISBN : 983-3604-96-X
Buku ini memberi panduan bagaimana hendak mengurus tugasan harian seterusnya mengurus masa. Ia dimulakan dengan membincangkan aspek mengenali diri. Selepas itu, ia membimbing pembaca langkah demi langkah bagaimana hendak mengatur dan memperincikan tugas, menentukan prioriti, membuat rancangan alternatif dan muhasabah.
Ia juga membincangkan aspek kepimpinan, personality dan komunikasi yang mempengaruhi cara kerja seharian kita. Antara tip-tip yang diberikan adalah bagaimana hendak menjaga masa supaya orang lain tidak membazirkan masa kita.
Ia ditulis menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami. Bab-babnya yang pendek serta diselangselikan dengan cerita menjadikan ia seronok dibaca.
Buku ini sesuai dibaca oleh pelajar, suri rumah, eksekutif ataupun sesiapa sahaja yang ingin memajukan diri sendiri.
*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 650.11 AHM