• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Search

ULASAN BUKU BULAN JULAI 2021 (BIL. 2/2021)

ULASAN BUKU

Pekerjaan Dalam Kehidupan Manusia

Spesifkasi:

Penulis: Abdul Rahman Aziz

Jumlh halaman: 219 muka surat

Penerbit: Prentice Hall

Cetakan tahun 2000

ISBN : 983-9236-52-0

 

Buku ini Pekerjaan Dalam Kehidupan Manusia adalah pengenalan kepada kefahaman mengenai pekerjaan iaitu satu aktiviti kehidupan yang dilakukan oleh sebilangan besar manusia. Perbincangan dalam buku ini bersifat kupasan umum tentang erti dan fungsi pekerjaan dalam kehidupan seseorang manusia. Tema utama yang cuba diolah adalah mengenai erti pekerjaan itu sendiri yang selama ini ditafsirkan sebagai sumber untuk mendapatkan rezeki bagi menampung hidup. Jauh daripada pengertian itu, ahli-ahli sains sosial telah menemukan bahawa pekerjaan itu bukanlah sekadar untuk menampung hidup manusia tetapi dalam masa yang sama ianya adalah minat utama yang mendasari kehidupan manusia. Sehubungan dengan itu, pekerjaan mempunyai pengertian yang lebih luas malah ianya dianggap sebagai fungsi sosial yang menentukan corak penghidupan-personaliti, pola kehidupan rumahtangga, itngkat pendidikan dan jaminan hidup masa depan seseorang individu.

Buku ini ditulis bersesuaian dengan keperluan bacaan tambahan bagi pelajar-pelajar yang mengikuti kuliah Hubungan Manusia Dalam Organisasi dan Perancangan Organisasi dan Penglibatan Masyarakat yang ditawarkan oleh Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia. Pekerjaan dijadikan sebagai induk perbincangan kerana melalui pekerjaan individu atau sesebuah komuniti itu memperolehi identiti mereka. Identiti yang dizahirkan oleh pekerjaan ini boleh dijadikan sebagai petunjuk-petunjuk misalnya tentang cita rasa, kecenderungan dana rah masa depan kehidupan keluarga mereka sendiri.

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 331.01 ABD