• Bahasa Melayu
  • English

PENGUMUMAN: MERUJUK KEPADA PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA KEDUA, WAKTU OPERASI : 8.00 PAGI - 5.00 PTG PELANGGAN INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (INSTUN) ADALAH DIMOHON UNTUK BERURUSAN SECARA DALAM TALIAN MELALUI NOMBOR-NOMBOR BERIKUT : 1. NOREHAN BINTI OMAR 0192041601 (PENGARAH) 2. MOHD RIDZUAN BIN MOHD MAHYUDIN 0135154543 (PENDAFTAR) 3. AMINUDIN BIN RAMLI 0133887989 (KESELAMATAN) 4. ABDUL RASHID BIN OMAR 0196694245 (PERHUBUNGAN AWAM) 5. AHMAD KAMAL IHSAN BIN ANUAR 0132965607 (KEWANGAN) 6. ZULHASMI BIN MOHAMAD 0134219771 (KETUA BAHAGIAN PENGURUSAN DAN PERUNDANGAN TANAH) 7. ABDUL MALEK BIN ABDULLAH 0135998947 (UNIT LATIHAN PENGURUSAN DAN PERUNDANGAN TANAH) 8. GANESH BABU DEVAR A/L KUPPAN 0125125664 (KETUA BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN) 9. SR AHMAD AZMI BIN HASHIM 0124519871 (KETUA BAHAGIAN UKUR DAN PEMETAAN) 10. SR NOR MAHANI BINTI IBRAHIM 0136654787 (UNIT LATIHAN UKUR DAN PEMETAAN) 11. MURAD BIN ISA 0122639071 (KETUA BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT) 12. NORIZAN BINTI AMRAN 0162540655 (UNIT LATIHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT)

ULASAN BUKU BULAN JUN 2021 (BIL. 2/2021)

Kata Pinjaman Terpilih Dalam Bahasa Melayu

Spesifikasi:

ISBN: 9789834915438
Penulis: S. Nathesan
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Tahun penerbitan: 2018
Format: Paperback, 178 pages

 

Ilmu etimilogi ialah subbidang linguistik yang mengkaji asal usul perkataan dalam bahasa. Buku ini pula meneliti asal usul perkataan yang terpilih dalam 18 bidang tertentu dalam Bahasa Melayu. Antaranya termasuklah bidang adat istiadat, aeroangkasa, botani, ekonomi, kesihatan, ketenteraan, makanan, media, minuman, pakaian, pelancongan, pendidikan, penerbitan, pengangkutan, sosiologi keluarga, sukan, tempat tinggal dan undang-undang.

Bidang yang dipilih ini merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat hari ini, manakala kata-kata yang dipilih pula amat lumrah digunakan dalam perbualan seharian tanpa menyedari asal usul kata tersebut. Selain itu, kata-kata tersebut sering digunakan dalam media termasuk akhbar, radio dan televisyen.

Buku ini membekalkan maklumat tentang asal usul dan sejarah kemasukan perkataan dalam kosa kata Melayu. Asal usul dan sejarah dalam bidang berkenaan wajar diketahui oleh masyarakat, khususnya generasi muda yang tidak arif tentang asal usul perkataan dalam Bahasa Melayu.

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 499.2324 NAT

Skip to content