Rich Dad Poor Dad

Spesifikasi:
ISBN : 9789673691661
Penulis: Robert T. Kiyosaki
Ketebalan buku: 216 muka surat
Terbitan: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Rich Dad Poor Dad adalah buku kewangan terbaik yang sudah berjaya mengubah hidup jutaan pembaca di seluruh dunia. Buku ini mengubah perspektif kita kepada wang dan mengeluarkan kita daripada kitaran sia-sia Rat Race. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Ramai orang terperangkap dalam kitaran sia-sia ini. Buku Rich Dad Poor Dad membantu kita:
- Membina kekayaan berasaskan kewangan yang kukuh
- Membezakan antara aset yang menambah kekayaan dengan liabiliti yang menghabiskan wang
- Mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja
- Menjadikan wang bekerja untuk kita
“Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita.”
-Robert T. Kiyosaki-
#Selamat membaca.
#Malaysiamembaca
*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 332.024 KIY