• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Instun-logo

ULASAN BUKU BULAN MAC 2022 (BIL.2/2022)

Spesifikasi:

Penulis: Anwar Nursi

Jumlah halaman: 256 muka surat

Penerbit: Publishing House Sdn. Bhd.

Cetakan tahun 2019

ISBN : 978-967-481-314-7

 

Buku ini banyak mengajak dalam mengajar. Serasa berkongsi tetapi jika diamati

penulislah yang banyak memberi. Cerita-cerita zaman kanak-kanak, kisah-kisah

biasa dalam kehidupan, kejadian, dan peristiwa yang berlaku di hadapan mata,

rupanya penuh pengajaran dan hikmah jika ditulis penuh kebijaksanaan dan

keterampilan. Sungguh jika anda membaca buku ini, anda akan ‘melekat’ untuk

membaca dan terus membaca. Seolah-olah membaca kisah sendiri. Ya, buku ini

memaparkan kisah kita!

 

Saya juga tertarik kerana buku ini memasukkan rencah yang sedap dinikmati. Fakta

sains, ungkapan-ungkapan orang bijaksana disisip dengan begitu kemas dalam

hujah dan pandangan. Tentu sahaja penulis telah membuat ‘homework’ yang teliti

untuk memenuhi tugasan ini. Tahniah. Penulis tidak bercerita kosong atau bermain

dengan kata-kata untuk memanjangkan penulisannya. Tepat dan padat, itulah

komentar saya apabila mula membaca bab demi bab secara pantas kerana masa

yang terbatas.

 

Antara tajuk yang terkandung dalam buku ini adalah seperti berikut:

Siapa yang Sedang Merintih,Tulislah Diarimu, Pisang dan Epal, Sudah Takdirkah

Itu?, Wahai Anakku, Cinta Datang Lagi, Betulkan Ikhlas Kita, Tanya Sama Pokok

dan lain-lain.

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 297.57 ANW

Skip to content