• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Instun-logo

ULASAN BUKU BULAN MEI BIL.1/2022

Spesifikasi:

Suntingan oleh: Fauziah Ibrahim, Khadijah Alavi & Nazirah Hassan

Jumlah halaman: 151 muka surat

Penerbit: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Cetakan tahun 2019

ISBN : 978-967-412-932-3

 

Penyelidikan melibatkan proses dan kaedah sistematik untuk memperoleh pengetahuan baru dalam membantu mencari jalan penyelesaian menangani permasalahan yang berlaku dalam masyarakat. Buku penulisan tesis kajian kualitatif dan kuantitatif ini sesuai digunakan oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan sains sosial. Kandungannya boleh dijadikan panduan penting dalam penyediaan laporan penyelidikan yang lengkap. Buku ini mengandungi enam (6) bab yang membincangkan tentang proses tersusun dalam menjalankan penyelidikan iaitu (1) Pendahuluan (2) Sorotan Literatur (3) Metod Kajian Kualitatif (4) Metod Kajian Kuantitatif (5) Hasil Kajian dan Perbincangan dan (6) Kesimpulan, Implikasi dan Cadangan. Buku ini ditulis secara terperinci mengikut penyediaan laporan penyelidikan yang jelas dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami bagi membolehkan pembaca melaksanakan penyelidikan dengan teratur dan bersistematik.

 

Fauziah Ibrahim, PhD, adalah Prof. Madya di Pusat Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Beliau merupakan Penyelaras Cabaran Perdana Bottom 40 dan merupakan tenaga pengajar untuk kursus Metodologi Penyelidikan dan Penulisan Akademik. Khadijah Alavi, PhD, merupakan Prof. Madya di Pusat Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Beliau adalah Timbalan Pengarah, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM dan juga merupakan tenaga pengajar kursus Metodologi Penyelidikan. Nazirah Hassan, PhD, adalah Pensyarah di Pusat Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Beliau merupakan tenaga pengajar kursus Statistik Asas dan Metodologi Penyelidikan.

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 808.066378 PEN

Skip to content