• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Instun-logo

ULASAN BUKU BULAN NOVEMBER 2021 (BIL. 2/2021)

ULASAN BUKU

Kalau Ya, Katakan Ya!

Spesifkasi:

Penulis: Dr. HM Tuah Iskandar

Jumlah halaman: 350 muka surat

Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.

ISBN : 978-983-3494-83-5

Dr. Tuah menulis daripada pengalaman yang telah beliau lalui sepanjang kehidupan; dari era persekolahan hingga masa kini. Peristiwa itu berlaku pada dirinya sendiri mahupun yang berlaku pada orang lain. Daya imaginasinya cukup tinggi. Beliau segera nampak dan menganalisis di sebalik apa yang berlaku. Apa hikmahnya? Apa motivasi yang boleh dipelajari? Kenapa Tuhan jadikan peristiwa itu? Apa manfaatnya untuk pembangunan diri sendiri?

Dalam buku ketiga beliau dengan Telaga Biru ini beliau menulis tentang kehidupan, kekeluargaan, jodoh, cinta, rumah tangga, ketuhanan, agama, ibadah, akhlak, keperibadian, semangat kebangsaan, seni, gejala sosial, motivasi diri, ajaran sesat, psikologi, kerjaya ekonomi, pengurusan, kewangan dan pelbagai aspek lagi.

Buku ini ditulis dengan menggunakan bahasa yang santai dan mudah difahami-semacam separa novel ditambah pula dengan lebih 300 ilustrasi yang menarik. Peminat Dr. Tuah sentiasa menunggu-nunggu buku terbaru beliau. Mereka akan menggarap apa sahaja yang ditulis beliau.

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 155.2 HMT

Skip to content