
Masyarakat Saintifik Dalam Binaan : Renungan dan Pemikiran
Spesifkasi:
Penulis: Dr. Khalijah Mohd. Salleh
Jumlah halaman: 287 muka surat
Penerbit: Institut Kajian Dasar (IKD)
Cetakan tahun 1995
ISBN : 983-884-030-0
Masyarakat Saintifik merupakan ungkapan yang agak asing di dalam kamus kehidupan masyarakat kita pada hari ini. Kempen sedang giat dijalankan bagi menerapkan nilai sains dan teknologi di dalam kehidupan seharian masyarakat kita. Pada hari ini, sudah ada kesedaran untuk memasyarakatkan sains melalui pembudayaan sains.
Isu ini merupakan kupasan perbincangan utama yang cuba diketengahkn oleh penulis kepada khalayak pembaca. Kupasan dimulakan di peringkat umum di dalam masyarakat kita sehinggalah kepada kupasan yang lebih terperinci kepada sistem pendidikan negara yang berkaitan dengan sains dan teknologi.
Definisi sains ala barat juga dikupas semula oleh penulis yang mana menurut beliau sains tidak wajar dipisahkan daripada dimensi sosio-ekonomi dan agama. Ini perlu bagi memastikan penggunaan sains yang lebih menyeluruh dan berkesan serta menuju ke arah negara maju mengikut acuan kita sendiri. Ini penting bagi memastikan kita tidak terpesong dan menghadapi kemusnahan seperti yang berlaku di negara-negara barat.
Penggunaan sains dan tekologi mestilah kea rah kesejahteraan masyarakat dan bukan ke arah kemusnahan masyarakat, nilai dan agama.
Adalah diharapkan buku ini bakal mengenengahkan suatu konsep baru dalam usaha membudayakan sains di dalam masyarakat.
*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 509.595 KHA