• Bahasa Melayu
  • English
Search

Director Message 2026

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI

 

Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan rasa syukur kerana kita telah selesai menjalani tahun 2025 dengan jayanya. Sekalung terima kasih Dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh bangsa INSTUN yang telah sama-sama bekerja, berusaha serta mencapai sasaran tugasan yang telah ditetapkan.

 

Melihat ke depan, bagi tahun 2026, kita akan terus memastikan segala daya upaya kita untuk melaksanakan amanah yang kita galas, iaitu memberikan perkhidmatan latihan dalam bentuk kursus, seminar, penulisan Dan penerbitan yang relevan, memenuhi kehendak pemegang taruh serta bermanfaat.

 

Seiring dengan hasrat mengungguli perkhidmatan awam melalui Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam, INSTUN juga tidak ketingggalan dalam memberikan latihan yang akan mengubah bukan sahaja kemahiran teknikal penjawat awam, malah komited dalam menerapkan perubahan sikap Dan minda perkhidmatan awam.

 

Akhir kata, semoga tahun 2026 ini akan memberikan ruang Dan peluang kepada kita untuk terus berkhidmat dengan cemerlang, serta menjulang INSTUN sebagai sebuah Institusi Latihan Awam tersohor yang menjunjung tinggi kemuliaan ilmu di dalam masyarakat amnya.

 

Bekerjalah dengan ikhlas, bekerjalah dengan baik.

 

INSTUN: MENDAHULUI CABARAN

 

 

“SELANGKAH DI HADAPAN”

“SELAMAT MELAYARI PORTAL INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA”

 

Sekian, Wassalam.

 

KHAIRIN NAZRY BIN KARIM

PENGARAH,

INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA

BEHRANG,

35950 TANJUNG MALIM,

PERAK