• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Search

BALAI CERAP TAN SRI HARUSSANI (TSHO)

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) merupakan sebuah Institusi Latihan Awam (ILA) dalam bidang pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat yang berkaitan. Dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) INSTUN telah diluluskan peruntukan pembangunan bagi Projek Pembinaan Sebuah Balai Cerap di dalam kampus INSTUN. Projek pembinaan Balai Cerap ini telah siap pada 5 Julai 2023 dan telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah pada 3 Oktober 2023.

Perasmian TSHO oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah

INSTUN telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) pada 17 Oktober 2018 (Rabu) bersamaan 8 Safar 1440H. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Sahibus Samahah (SS) Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Harussani bin Haji Zakaria (Mufti Kerajaan Negeri Perak) dan YBrs. Puan Norehan binti Omar (Pengarah INSTUN) serta disaksikan oleh Timbalan Mufti Negeri Perak iaitu Tuan Haji Zamri bin Hashim serta Pendaftar INSTUN iaitu Encik Anis Zaihasmy bin Zainal Abidin.

Kerjasama yang erat dan sokongan penuh daripada Almarhum Tan Sri kepada pihak INSTUN dalam perkara berkaitan ilmu falak serta sumbangan yang besar Almarhum kepada masyarakat telah memberi inspirasi kepada pihak INSTUN untuk menamakan Balai Cerap di INSTUN ini sebagai Balai Cerap Tan Sri Harussani / Tan Sri Harussani Observatory (TSHO).

TSHO akan menjadi pusat penyelidikan, pendidikan, latihan dan perkongsian pengetahuan dalam ilmu falak/ astronomi melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti, kursus, seminar dan persidangan dengan kerjasama agensi yang terdiri daripada pelbagai kementerian, pusat pengajian tinggi dan jabatan.

Tiga (3) Tempat Cerapan Utama TSHO

JAM MATAHARI / SUNDIAL DI TSHO

Selain daripada tiga (3) kawasan cerapan utama, sundial juga merupakan daya tarikan utama di TSHO. Sundial adalah salah satu alat tertua yang digunakan manusia untuk mengukur waktu. Alat ini diperbuat daripada stainless steel dan bayangan yang dihasilkan oleh sinar matahari akan terdapat/terlihat pada bulatan waktu. Sundial digunakan untuk pada waktu siang, ketika ada cahaya matahari yang cukup terang.

Sundial atau Jam Matahari

AKTIVITI CERAPAN

BULETIN DIGITAL BALAI CERAP TAN SRI HARUSSANI

Skip to content