• Bahasa Melayu
  • English
Search

ULASAN BUKU BULAN MEI BIL. 2/2025

88 Punca Gagal

Spesifikasi:

 

Pengarang : Idris Mohd Said

Penerbit: Idris Publication

ISBN: 9789833399192

Tarikh terbit: 1 Januari 2006

Muka surat: 200

 

Kata John Naisbitt, pakar pengurusan, “Kita tidak belajar dari kejayaan-kejayaan lepas sebaliknya kita belajar dari kegagalan-kegagalan lepas.” Kerana ikutlah anda akan menemui 88 PUNCA GAGAL di dalam buku ini. Mengenali punca gagal, bila punca itu diterbalikkan, dalam masa yang sama anda boleh mengenali punca-punca kejayaan. Yang negatif memang sentiasa lebih diingati berbanding yang positif, kerana itu judul dan kandungan buku ini dibuat dalam bentuk negatif iaitu PUNCA GAGAL bukan punca kejayaan. Ia dibuat begitu semata-mata supaya lebih mudah diingati pada bila-bila masa sepanjang hayat.

 

Banyak sekali punca-punca gagal di dalam dunia ini sama ada pengalaman anda sendiri atau orang lain. Dihimpunkan 88 punca gagal di dalam buku ini berdasarkan pengalaman orang lain. Alangkah beruntungnya anda kerana tidak perlu lagi mengalami kegagalan yang pernah dialami oleh orang lain. Kesemua 88 punca kegagalan pengalaman orang lain boleh anda ketahui dan pelajari dari dalam buku ini bagi memudahkan anda mengelakkannya dan seterusnya memudahkan anda mendekati kejayaan.

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 158.1 IDR