Search

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (PBI) BILANGAN 1 TAHUN 2026

26 Januari 2026, Tanjung Malim- Institut Tanah dan Ukur Negara membuka tirai program Tahun 2026 dengan penganjuran Majlis Perhimpunan Bulanan Institut Tanah dan Ukur Negara (PBI) Bilangan 1 Tahun 2026. Majlis anjuran Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (BPK) itu telah diadakan di Auditorium INSTUN.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Wan Nadirah Binti Wan Yaheya, Pendaftar INSTUN. Melalui perkongsian yang disampaikan, Puan Pendaftar menyentuh tentang keterbukaan sebagai penjawat awam merupakan asas kepada tadbir urus yang baik, merangkumi sikap terbuka dalam komunikasi, kesediaan menerima pandangan serta komitmen untuk bertindak secara telus dan bertanggungjawab.

Seterusnya, Ybrs. Tuan Khairin Nazry bin Karim, Pengarah INSTUN turut berbesar hati untuk menyampaikan amanat beliau kepada seluruh warga. Beliau menyatakan bagi tahun 2026 ini, warga INSTUN harus bertindak cepat untuk tindakan pelaksanaan dan memperhebat reformasi selari dengan halatuju Kementerian.

Pada majlis tersebut, turut berlangsung Sesi Penyampaian Sijil kepada Penceramah Dalaman INSTUN Tahun 2025, Pelancaran Buku Penerbitan INSTUN Tahun 2025 serta Pelancaran Sistem i-FAMES. Majlis turut diserikan dengan Sorotan Aktiviti sepanjang Tahun 2025 dan Kejutan Sambutan Ulangtahun Kelahiran Kakitangan INSTUN.

Semoga warga INSTUN terus melangkah ke hadapan dengan semangat positif, sikap profesional dan iltizam untuk memberi yang terbaik.