Here are the questions that are often asked by visitors of INSTUN Official Website.
If you have any other questions, please email us at
pro [at] instun.gov.my.
FAQ
Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) adalah sebuah pusat latihan awam di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang berperanan untuk melaksanakan latihan ke arah pembangunan dan latihan Sektor Tanah dan Ukur Negara pegawai awam serta melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan, konsultansi dan penerbitan bagi melengkapkan pegawai awam dengan bakat, kebolehan dan pemikiran yang konstruktif.
Kesemua penjawat awam adalah layak untuk berkursus di INSTUN.
Permohonan kursus boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang Sistem Pengurusan Kursus INSTUN (eSPEK) pada pautan URL https://myinstun.instun.gov.my atau aplikasi eSPEK Mobile (Google Play, App Store atau GAMMA).
Katalog kursus boleh diakses melalui pautan https://myinstun.instun.gov.my atau aplikasi eSPEK Mobile (Google Play, App Store atau GAMMA).
Sila layari https://myinstun.instun.gov.my atau aplikasi eSPEK Mobile (Google Play, App Store atau GAMMA).
Pemohon boleh menyemak item Senarai Kursus atau Kalendar Kursus yang mengandungi maklumat seperti objektif kursus, jangka masa berkursus, tarikh kursus dan kumpulan sasaran. Melalui maklumat ini, pemohon boleh memilih kursus yang bersesuaian dengan keperluan mereka.
BUP bertanggungjawab merancang, membangun, dan melaksanakan program latihan (kursus, seminar, bengkel) dalam bidang ukur, pemetaan, dan geospatial. Fokus utama kami adalah meningkatkan kompetensi pegawai kerajaan (khususnya JUPEM dan Kader JUPEM) serta peserta dari pelbagai agensi dalam aspek teknikal dan perundangan ukur.
BUP terbahagi kepada tiga (3) Seksyen yang mengendalikan pelbagai kursus berkaitan ukur dan pemetaan iaitu:
- Seksyen Pemetaan
- Seksyen Geodetik
- Seksyen Kadaster.
- Seksyen Pemetaan
- Pengendalian dan penawanan data Unmanned Aircraft System (UAS)
- Pengukuran dan pemetaan topografi
- Pengukuran dan pemetaan bagi Sistem Maklumat Geografi (GIS)
- Pengendalian dan penawanan data Terrestrial
- Seksyen Geodetik
- Pengukuran dan pemetaan ukur hidrografi
- Pengukuran geodetik
- Pengukuran dan pemetaan ukur kejuruteraan
- Bidang astronomi
- Seksyen Kadaster
- Pengukuran dan pemetaan utiliti bawah tanah
- Ukur hakmilik
- Ukur Strata dan Stratum
- Permodelan Maklumat Bangunan (BIM)
- Amalan Ukur Kadaster (Peraturan Ukur 2002, Pekeliling KPUP)
- Pengendalian peralatan ukur moden (Total Station, GNSS untuk kadaster)
Kebanyakan kursus kami disasarkan kepada penjawat awam dalam bidang teknikal (Juruukur dan Penolong Juruukur). Walau bagaimanapun, terdapat kursus-kursus lain yang terbuka kepada agensi berkanun, PBT, dan sektor swasta, bergantung kepada kekosongan dan syarat khusus kursus tersebut.
Agensi kerajaan yang berminat boleh membuat permohonan lawatan dengan menggunakan Borang Permohonan Lawatan ke TSHO yang terdapat di laman web INSTUN. Walau bagaimanapun, kebenaran permohonan lawatan tersebut tertakluk kepada kelulusan dari pihak INSTUN .