• Bahasa Melayu
  • English
Search

ULASAN BUKU BULAN APRIL BIL. 1/2024

Kudakap Cintamu Ramadan

Spesifikasi:

Penerbit : PSN Publication Sdn. Bhd.

ISBN: 9789670573212

Tahun Terbit: 2014

Jumlah Muka Surat: 234

 

Diterimakah puasaku? Sempurnakah puasaku? Adakah sah puasaku? Batalkah puasaku? Mengapakah diri masih ditunggangi hawa nafsu? Syaitan yang menjadi nakhoda hawa nafsu dibelenggu di dasar laut tetapi mengapakah kita juga turut karam bersama?

 

Dilema ini sering kali membelit jiwa mencengkam perasaan setiap kali melakukan ibadah puasa pada bulan Ramadan sehingga menerbitkan rasa waswas yang tidak berkesudahan dalam diri; terkadang merosakkan ibadah puasa yang dilaksanakan.

 

Alangkah ruginya jika puasa yang kita lakukan seharian itu mendapat ganjaran lapar dan dahaga sahaja. Ini bukan nilai Ramadan yang dicari. Justeru, bagaimana?

 

Kudakap Cintamu Ramadan memberikan kupasan terperinci tentang ibadah puasa untuk merungkai dilema dan menjawab persoalan yang terus membayangi kita agar dapat mendalami makna Ramadan yang diajar oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

 

Selain berpuasa, kita juga seharusnya menjadikan Ramadan sebagai bulan tarbiyah untuk mengubah sifat mazmumah kepada sifat mahmudah; daripada diri yang ditunggang hawa nafsu kepada diri yang menunggang hawa nafsu bagi meraih cinta Allah SWT dan kasih Rasulullah SAW. Peluang keemasan ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

 

“Wahai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”.

(Surah al-Baqarah 2:183)

 

 

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 297.362 KUD

Skip to content