• Bahasa Melayu
  • English
Search

ULASAN BUKU BULAN APRIL BIL. 2/2023

Islam & Adat Minangkabau

Spesifikasi:

 

Pengarang: Prof. Dr. Hamka
Penerbit: Pustaka Dini Sdn. Bhd.
ISBN: 9839422774
Tahun: 2006
Bil Muka surat: 356

 

Pada hakikatnya, di Minangkabau orang laki-laki amat sengsara. Dia tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. Hanya sebentar saja dia tinggal di dalam rumah ibunya, iaitu sampai umur 6 tahun. Lepas itu, dia sudah mesti tidur ke surau bersama-sama temannya sambil belajar mengaji Al-Qur’an. Malu benar bagi anak Minangkabau tidur di rumah apabila sudah pandai melangkah ke surau. Setelah patut beristeri, dia menjadi semenda ke rumah isterinya, dan dia tidak ada kuasa di dalam rumah itu. Kalau dia bercerai dari sana, dialah yang mesti membawa bungkusannya dan berangkat.

Demikian adat Minangkabau yang dikatakan sebagai: “Adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah. Syarak mengata, adat memakai Masjid sebuah, balairung seruang”.

Ketika buku ini mulai tersiar nescaya pihak ninik-mamak yang berfaham kolot dengan serta-merta menyatakan kemarahannya, malahan ada pula bermaksud hendak menculik penulis kerana dipandang hendak meruntuh adat. Bahkan ada yang menuduh bahawa penulis adalah kakitangan “Nica” (penjajah), iaitu tuduhan yang mudah saja dilemparkan kepada setiap orang yang tidak disenangi pada masa itu.

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 340.59 HAM

Skip to content