Nature Photography: Panduan Merakam Foto Alam Semula Jadi
Spesifikasi:
Pengarang : Rasfan Abu Bakar
Penerbit: PTS Publishing House
ISBN: 978-967-0185-42-2
Tarikh terbit: 15 Ogos 2012
Muka surat: 86
Merakam pemandangan alam semula jadi adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Aktiviti ini membuatkan kita memahami dan menghargai alam semula jadi. Selain itu, aktiviti ini juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim keluarga dan rakan-rakan.
Apabila kita merakam gambar, kita perlu tahu langkah-langkah menghasilkan gambar yang menarik dan berkualiti seperti fotografer profesional. Gambar yang menarik membuatkan kita berpuas hati dan bersemangat supaya terus berkecimpung dalam dunia fotografi. Justeru, penting untuk kita memahami pelbagai aspek utama sebelum kita merakam gambar.
Dalam buku ini, terdapat pelbagai tip dan panduan yang mudah dipraktikkan. Terdapat juga contoh-contoh gambar yang mudah difahami bagi setiap teknik dan langkah-langkah. Jadikan buku ini sebagai satu rujukan utama kita. Apa tunggu lagi? Mulakan langkah bagi merakam gambar alam semula jadi yang menarik dan kreatif!
*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak D779.3 RAS