• Bahasa Melayu
  • English
Search

Pendidikan Jarak Jauh : Teori & Amalan

Spesifikasi:

 

Penulis : Yusup Hashim

Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka

ISBN: 9836264205

Jumlah Muka Surat: 274

 

Buku ini adalah mengenai bidang pendidikan jarak jauh yang ditulis dalam bahasa Melayu memang kurang sedangkan bidang ini sangat cepat berkembang terutama di pusat pengajian tinggi. Sistem pendidikan jarak jauh menjadi trend mengajar dan belajar akibat daripada perkembangan teknologi komunikasi dan satelit. Mereka yang bekerja atau yang tidak berpeluang mengikuti pengajian tinggi sebagai pelajar sepenuh masa dapat melanjutkan pelajaran dan membaiki status sosio-ekonomi mereka.

 

Buku ini boleh dijadikan buku teks atau buku rujukan untuk guru pendidikan jarak jauh dan pelajar jarak jauh terutama dari aspek aplikasi kaedah dan baha pengajaran dan pemelajaran jarak jauh. Adalah diharapkan dengan adanya buku ini dalam bahasa Melayu, pengajaran dan pemelajaran secara jarak jauh akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Akhir sekali, diharap agar lebih ramai lagi pakar pendidikan jarak jauh akan tampil ke hadapan menulis buku, modul atau panduan belajar untuk menyediakan bahan pemelajaran yang secukupnya bagi pelajar jarak jauh.

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 378.175 YUS

Skip to content