• Bahasa Melayu
  • English
Search

ULASAN BUKU BULAN MAC BIL.1/2023

Kepimpinan Lestari : Mengupaya Diri, Memimpin Insan, Memperkasa Organisasi

Spesifikasi:

 

Penulis : Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan

Penerbit : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

ISBN: 9789833109999

Jumlah Muka Surat: 275

 

Mencipta kelainan dan melakukan inovasi secara konsisten perlu menjadi agenda tetap sesuatu organisasi. Dengan menumpukan pemusatan kepada penjanaan idea-idea yang inovatif, organisasi akan dapat bergerak mengikut keperluan kewujudannya dan mengekalkan kerelevanannya.

 

Selain itu, kemampuan membentuk warga organisasi yang berkebolehan dan berkeupayaan untuk menjana idea-idea inovatif tentu sahaja mampu membentuk modal insan yang kreatif. Kreativiti sangat diperlukan bagi memberi jaminan setiap perkhidmatan yang disalurkan akan sentiasa menepati cita rasa dan kehendak masyarakat.

 

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 658.4092 SOS

Skip to content