• Bahasa Melayu
  • English
Search

INSTUN’s KPI

KPI Pengarah INSTUN

PENJELASAN PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA

PENGARAH INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA

KPI

 

PERATUS PELAKSANAAN LATIHAN:

A)   PELAKSANAAN KURSUS YANG DIRANCANG DALAM BUKU PROGRAM LATIHAN INSTUN

DESKRIPSI
  • KPI ini merujuk kepada menyediakan latihan yang komprehensif bagi meningkatkan tahap kompetensi penjawat awam dalam bidang pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat yang berkaitan supaya cekap, kompeten dan berdaya saing, selaras dengan salah satu teras strategik dalam Pelan Strategik INSTUN 2021-2025 iaitu Program Latihan Berkualiti.

KAEDAH PENGUKURAN

 

  • Bilangan kursus yang diputuskan dan diterbitkan dalam Buku Latihan Program Sektor Tanah dan Ukur Negara untuk dilaksanakan dalam tahun semasa.

PRESTASI PENCAPAIAN

 

 

 

 

(a)   Peratus pelaksanaan kursus dirancang dalam Buku Program Latihan INSTUN*

TahunPencapaian
2019100.0% (134 kursus)
2020113.6% (159 kursus)
2021109.15%
2022101.4%
2023101.73%
2024102% (134 kursus)

 

*Jumlah kumulatif kursus yang dilaksanakan

JUSTIFIKASI
  • Sasaran ditentukan berdasarkan kepada statistik pelaksanaan kursus bagi 3 tahun terdahulu dan selaras dengan surat edaran: JPA(I)S.175/4/1-1 KLT.22 (38).
SASARAN90%
DOKUMEN SOKONGANBuku Program Latihan Sektor Tanah dan Ukur Negara
FREKUENSI LAPORAN/DATAPelaporan secara berkala / suku tahunan

 

 KPI

 

PERATUS SKOR MARKAH TENAGA PENGAJAR DALAMAN
DESKRIPSI
  • KPI ini merujuk kepada meningkatkan tahap profesionalisme tenaga pengajar dalaman melalui program capacity building dan training for trainers serta pemantauan prestasi yang berterusan.
  • Fokus utama adalah meningkatkan profesionalisme dan kredibiliti dalam kalangan tenaga pengajar sebagai Subject Matter Expert (SME).
  • KPI ini juga selaras dengan fungsi INSTUN iaitu untuk memberi latihan dan khidmat nasihat dalam bidang tanah dan ukur.
  • KPI ini juga adalah bertepatan dan seiring dengan salah satu teras strategik dalam Pelan Strategik INSTUN 2021-2025 iaitu Organisasi Kompeten.

KAEDAH PENGUKURAN

 

  • Pengukuran adalah melalui maklum balas soal selidik daripada peserta kursus berdasarkan isi kandungan, persembahan dan kualiti peribadi tenaga pengajar.
  • Setiap aspek mempunyai pemberat tersendiri dan hasil penilaian akan memberi gambaran tentang kapasiti dan kemampuan tenaga pengajar dalaman.

PRESTASI PENCAPAIAN

 

 

 

 

 

 

 

 TahunPencapaian
201989.9%
202090.6%
202189.9%
202292.95%
2023100%
202493%
JUSTIFIKASISasaran 85% ditetapkan bagi memastikan tahap profesionalisme tenaga pengajar sentiasa berada di tahap yang cemerlang dan berupaya menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan bidang dengan lebih tepat dan berkesan
SASARAN 85%
DOKUMEN SOKONGANStatistik dan maklumbalas daripada peserta kursus INSTUN
FREKUENSI LAPORAN/DATAPelaporan secara berkala / suku tahunan

 

KPI

 

BILANGAN KOLEKSI BAHARU DALAM  PORTAL PINTU 
DESKRIPSI
  • KPI merujuk kepada penyediaan koleksi bahan/maklumat berkaitan tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat yang berkaitan.
  • KPI ini jelas bertepatan dengan salah satu teras strategik dalam Pelan Strategik INSTUN 2021-2025 iaitu Penyampaian Perkhidmatan Yang Cemerlang.
KAEDAH PENGUKURAN
  • Portal Pusat Informasi Tanah dan Ukur (PINTU) telah dibangunkan pada Februari 2013 bagi membuka ruang kerjasama yang lebih luas di antara jabatan dan agensi serta merupakan platform gunasama dalam perkongsian pintar berhubung hab koleksi / maklumat dalam bidang berkenaan.
  • Koleksi yang dimuat naik dalam portal PINTU dijadikan pengukuran KPI bermula pada tahun 2014.

PRESTASI PENCAPAIAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TahunPencapaian (koleksi)*
201945
202060
202160
202263
2023132
2024130

*Jumlah kumulatif koleksi yang dimuatnaik

JUSTIFIKASI

 

 

  • Sebagai sebuah Institut Latihan Awam (ILA), INSTUN bertanggungjawab memastikan kemudahan akses sumber maklumat negara pada tahap tertinggi dan siap siaga. Ia merupakan fungsi ILA sebagai pusat bagi penjanaan ilmu yang berterusan terutamanya dalam kalangan penjawat awam.
  • INSTUN perlu menyediakan dan menambah koleksi yang lebih luas dengan mengenalpasti, memilih dan memperoleh bahan-bahan terkini mengikut bidang dan kepakaran masing-masing dari dalam dan luar negara.
  • Pembangunan koleksi bukan sahaja tertumpu kepada sumber dari luar, tetapi juga perlu dijalankan secara dalaman melalui penulisan dan penerbitan dalaman. Ia bukan sahaja dapat mempelbagaikan produk perkhidmatan malah dapat dijadikan sumber rujukan tambahan kepada tenaga pengajar dan peserta kursus.
SASARAN60
DOKUMEN SOKONGANStatistik dan maklumbalas daripada peserta dan pelanggan INSTUN.
FREKUENSI LAPORAN/DATAPelaporan secara berkala / suku tahunan.

 

 

KPI

 

TAHAP KEPUASAN PELANGGAN (PESERTA KURSUS) BERHUBUNG KEMUDAHAN LATIHAN DALAM ESPEK

 

DESKRIPSI
  • KPI ini merujuk kepada usaha untuk menjadikan INSTUN sebagai sebuah institut latihan awam yang mampu berdaya saing dalam memenuhi kehendak stakeholders bagi menyediakan infrastruktur yang kondusif dan selamat.
  • KPI ini seiring dengan salah satu teras strategik dalam Pelan Strategik INSTUN 2021-2025 iaitu Penyampaian Perkhidmatan Cemerlang.

KAEDAH PENGUKURAN

 

  • Tahap kepuasan  pelanggan (peserta kursus) berhubung kemudahan latihan dalam Sistem eSpek.
  • INSTUN mensasarkan dari segi peratus pelaksanaan peruntukan pembangunan bersaling kait dengan tahap kepuasan pelanggan terhadap kemudahan INSTUN dalam eSPEK. Kaedah pemantauan ini dibuat agar INSTUN dapat menyediakan infrastruktur latihan yang kondusif, selamat dan menarik minat peserta kursus.

PRESTASI

PENCAPAIAN

 

 

 

 

Tahap kepuasan  pelanggan (peserta kursus) berhubung kemudahan latihan:

TahunPencapaian
201989.0%
202087.6%
202191%
2022100%
2023100%
202492%
JUSTIFIKASI
  • Penyediaan infrastruktur latihan merupakan agenda penting dalam memastikan mutu penyampaian perkhidmatan serta kepuasan pelanggan dapat dicapai.
  • Proses kerja-kerja menaik taraf perlu diambil perhatian oleh pihak pengurusan dalam mempergiatkan usaha menjadikan INSTUN sebagai institut latihan awam yang berdaya saing.
SASARAN80%
DOKUMEN SOKONGANStatistik dan maklumbalas daripada peserta kursus INSTUN.
FREKUENSI LAPORAN/DATAPelaporan secara berkala / suku tahunan.

 

KPI

 

PERATUS SKOR MARKAH KAJIAN KOMPETENSI (ESPEK)
DESKRIPSI
  • KPI ini merujuk kepada meningkatkan tahap kompetensi semua penjawat awam yang terlibat dengan sektor tanah dan ukur negara melalui pelaksanaan kursus yang komprehensif.
KAEDAH PENGUKURAN
  • Pengukuran adalah melalui soal selidik daripada peserta kursus berdasarkan tahap pemahaman sebelum dan selepas berkursus.
  • Setiap aspek mempunyai pemberat tersendiri dan hasil penilaian akan memberi gambaran tentang tahap kompetensi pegawai berkenaan.

TREND PENCAPAIAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TahunPencapaian
201980.1%
202084.9%
202186.4%
2022100%
2023100%
202489%

JUSTIFIKASI

 

 

  • Peningkatan kompetensi penjawat awam dalam sektor tanah dan ukur negara merupakan agenda penting dalam memastikan kelancaran kemajuan negara dan keyakinan pelabur asing.
  • INSTUN perlu merangka kursus-kursus dan program yang komprehensif serta selaras dengan keperluan semasa supaya penjawat awam dapat meningkatkan kompetensi masing-masing.
SASARAN80%
DOKUMEN SOKONGANStatistik dan maklumbalas daripada peserta kursus INSTUN.
FREKUENSI LAPORAN/DATAPelaporan secara berkala / suku tahunan.