KPI
|
BILANGAN KOLEKSI BAHARU DALAM PORTAL PINTU – 60 ARTIKEL |
DESKRIPSI |
- KPI merujuk kepada penyediaan koleksi bahan/maklumat berkaitan tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat yang berkaitan.
- KPI ini jelas bertepatan dengan salah satu teras strategik Pelan Strategik INSTUN (2021-2023) iaitu Penyampaian Perkhidmatan Yang Cemerlang.
|
KAEDAH PENGUKURAN |
- Portal Pusat Informasi Tanah dan Ukur (PINTU) telah dibangunkan pada Februari 2013 bagi membuka ruang kerjasama yang lebih luas di anatar jabatan dan agendi dan merupakan platform gunasama dalam perkongsian pintar berhubung hab koleksi / maklumat dalam bidang berkenaan.
- Koleksi yang dimuatnaik dalam portal PINTU dijadikan pengukuran KPI bermula tahun 2014.
|
PRESTASI PENCAPAIAN
|
Tahun |
Pencapaian (koleksi)* |
2019 |
45 |
2020 |
60 |
2021 |
– akan dikemaskini pada April 2021
(sehingga suku 1/2021) |
*Jumlah kumulatif koleksi yang dimuatnaik |
JUSTIFIKASI
|
- Sebagai sebuah institut latihan awam (ILA), INSTUN bertanggungjawab memastikan kemudahan akses sumber maklumat negara pada tahap tertinggi dan siap siaga. Ia merupakan fungsi ILA sebagai pusat bagi penjanaan ilmu yang berterusan terutamanya dalam kalangan penjawat awam.
- INSTUN perlu menyediakan dan menambah koleksi yang lebih luas dengan mengenalpasti, memilih dan memperoleh bahan-bahan terkini mengikut bidang dan kepakaran masing-masing dari dalam dan luar negara.
- Pembangunan koleksi bukan sahaja tertumpu kepada sumber dari luar, tetapi juga perlu dijalankan secara dalaman melalui penulisan dan penerbitan dalaman. Ia bukan sahaja dapat mempelbagaikan produk perkhidmatan malah dapat dijadikan sumber rujukan tambahan kepada tenaga pengajar dan peserta kursus.
|
SASARAN
|
Sasaran Sukuan Tahun 2021 (koleksi) |
Pertama |
Kedua |
Ketiga |
Keempat |
15 |
30 |
45 |
60 |
Jumlah kumulatif koleksi yang dimuatnaik |
DOKUMEN SOKONGAN |
Statistik dan maklumbalas daripada peserta dan pelanggan INSTUN. |
FREKUENSI LAPORAN/DATA |
Pelaporan secara berkala / suku tahunan. |