Search

ULASAN BUKU BULAN NOVEMBER BIL. 1/2026

KATA DAN RUPA

SPESIFIKASI

Penulis: Noor Azizi Mohd. Ali

Penerbit: UPM Press

ISBN: 9789672989424

Tahun terbit: 2022

Muka surat: 225

 

Kata dan Rupa adalah sebuah naskah Melayu yang mengandungi himpunan lukisan yang bersumberkan peribahasa Melayu. Dengan kata lain ia merupakan pengungkapan peribahasa Melayu dalam bentuk seni tampak. Lukisan ini diolah daripada pengamatan dan pemerhatian penulis/pelukis terhadap naratif dan jiwa Melayu yang kian lama terbelenggu dalam arus pembangunan. Watak yang ditonjolkan adalah intipati kepada budaya dan adat resam Melayu yang menjadi bahasa silam khazanah bangsa. Buku ini diharap akan menjadi panduan dalam memahami peribahasa Melayu secara tampak dan menjadi pemangkin dalam mmahami dan menerokai inti-pati khazanah budaya dan warisan bangsa.

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak D398.99923 NAM