PDA Untuk Pemimpin Berwibawa
Spesifikasi:
Penulis : Ahmad Fadzli Yusof, Amin Idris
Penerbit : PTS Publishing House
ISBN: 9789833604487
Jumlah Muka Surat: 166
Tahun penerbitan: 2007
Pemimpin yang cemerlang adalah permata organisasi cemerlang. Mereka berkebolehan dalam mewujudkan rangsangan dan motivasi kepada orang lain melalui kewibawaan yang terbentuk daripada kombinasi kualiti dari seorang pemimpin sejati. Kebolehan itu tidak wujud secara sendirinya. Ia tercipta melalui semangat bagi menggilap kebolehan dalam aspek-aspek penting dalam pengurusan organisasi. Kecemerlangan diterjemahkan kepada kejayaan sesebuah organisasi.
Panduan dan Asas Untuk Pemimpin Berwibawa memberikan panduan kepada eksekutif muda bagi menjadi pemimpin berwibawa. Setiap aspek dan ciri penting bagi seorang pemimpin berwibawa dibincangkan secara ringkas tetapi padat. Kaedah mewujudkan semangat berpasukan, dinamika berkumpulan, pengurusan masa yang baik, pengurusan organisasi tersusun dan pengurusan konflik terbaik dibincangkan.
*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 155.25 AHM