• Bahasa Melayu
  • English
Search

ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI BIL. 1/2024

Ekosistem Hutan dan Al-Quran

Spesifikasi:

 

Penulis : Mohd Arip Kasmo

Penerbit : Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Kepong, Selangor

ISBN: 9789670622309

Tahun Terbit: 2015

Jumlah Muka Surat: 113 ms, 22 cm

 

Buku Ekosistem Hutan dan al-Quran ditulis sebagai satu sumbangan kepada masyarakat utuk memahami isu-isu berkaitan dengan al-Quran dan ekosistem hutan. Walaupun al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di persekitaran padang pasir, namun ayat-ayat al-Quran yang meyatakan tentang ekosistem adalah serupa dengan yang terdapat di hutan hujan tropika. Dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menjelaskan tentang perkara yang berkait rapat dengan hutan seperti pengaliran air, buih, tumbuh-tumbuhan hijau, proses pembentukan buah, penghasilan bahan-bahan bakar termasuk fosil, akar tumbuh-tumbuhan, keseimbangan tumbuh-tumbuhan, jantina tumbuh-tumbuhan, getaran tanah, lebah, labah-labah, semut dan sebagainya yang gabungan keseluruhan biotik dan abiotik ini dinamakan sebagai ekosistem.

 

Buku ini menghuraikan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan fenomena yang terdapat dalam hutan untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa apa yang dijelaskan oleh al-Quran berkaitan dengan sesuatu fenomena alam itu tepat seperti yang ditemui oleh para pengkaji apabila mereka membuat penyelidikan berkaitan dengan perkara tersebut. Dengan itu, manusia akan bertambah yakin kepada kebenaran al-Quran dan sekaligus mendekatkan manusia kepada Allah. Diharap buku ini memberi manfaat kepada para pembaca..

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 214.55146 MAK

Skip to content