Gangguan Seksual: Pengurusan Tingkah Laku dan Perkembangan Gender Dalam Organisasi
Spesifikasi:
Penulis : Abd. Rahim Abd. Rashid
Penerbit : Utusan Publications, 2002
ISBN: 9789676113627
Tahun Terbit: 2002
Jumlah Muka Surat: 226
Siri Pengurusan dan Pentadbiran Utusan terdiri daripada buku-buku yang mengulas pelbagai persoalan dalam pengurusan dan pentadbiran seperti pelaksanaan dasar, kewangan, kepimpinan, mutu kerja dan produktiviti. Buku-buku dalam siri ini mengandungi saranan, peraturan dan panduan yang perlu diamalkan oleh setiap pengurus, pentadbiran dan perancang atau individu dalam organisasi seperti syarikat swasta dan jabatan kerajaan.
Gangguan Seksual: Pengurusan Tingkah Laku dan Perkembangan Gender dalam Organisasi membincangkan isu kritikal gangguan seksual yang dihadapi oleh kaum wanita di negara membangun, khususnya di Malaysia. Gangguan seksual wujud kerana beberapa keadaan seperti berlakunya rombakan sosial, kerjaya, kekeluargaan, penglibatan lebih ramai wanita dalam pasaran dunia pekerjaan, kemajuan ICT, pengaruh globalisasi dan sebagainya.
Masalah gangguan seksual terhadap wanita merupakan suatu agenda yang memerlukan perubahan rangka tindakan dari segi dasar, perundangan dan perubahan mindset masyarakat. Gangguan seksual wujud dalam pelbagai bentuk di tempat kerja dan dalam organisasi sosial seperti di sekolah, pejabat, kegiatan-kegiatan sosial, sistem budaya, pengurusan tenaga manusia, amalan dan dasar, trend dan isu-isu yang berkaitan dengan gender.
Selain perbincangan isu gangguan seksual wanita, buku ini turut mendedahkan gangguan yang sama dihadapi oleh kaum lelaki. Trend terkini yang wujud menimbulkan kebimbangan baru di kalangan lelaki yang menghadapi pelbagai masalah gangguan seksual sebagaimana kaum wanita.
*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 305.42 ABD