• Bahasa Melayu
  • English
Search

ULASAN BUKU BULAN JUN BIL. 1/2024

Kaedah Penyelidikan Kerja Sosial Pengalaman di Lapangan

Spesifikasi:

 

Penerbit: UM Press

ISBN: 9789833585465

Penulis: Khairur Rizal Ramli

Tahun Terbit: 2006

Jumlah Muka Surat: 206

 

Banyak keistimewaan yang akan diperoleh sekiranya dapat naik pangkat. Selain gaji dan status hidup naik, pengaruh juga semakin bertambah. Tetapi paling menyeronokkan adalah mendapat kuasa kerana bukan semua orang layak menggunakan kuasa dalam organisasi ataupun syarikat. Justeru, naik pangkat adalah idaman bagi mereka yang bekerjaya. Tetapi bagaimanakah cara efektif hendak naik pangkat?

 

Ada orang menggunakan taktik kotor bagi memperolehnya. Mereka menggunakan apa sahaja metode supaya cepat naik pangkat. Tetapi cara ini lambat laun akan terbongkar. Akibatnya, orang itu pasti dibuang kerja.

 

Aku Mahu Naik Pangkat membongkar rahsia yang mampu membuat bos dan rakan-rakan di tempat kerja senang berurusan dengan anda. Walaupun tidak menggunakan strategi kotor, anda tetap dinaikkan pangkat kerana anda bijak menyesuaikan diri di tempat kerja. Selain itu, anda juga hebat berkomunikasi dan pandai mengurus konflik serta masalah. Hasilnya, pengaruh anda semakin banyak.

 

Khairur Rizal Ramli adalah Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Kewangan Negeri di Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang. Berpengalaman bertugas di KLSC Securities Sdn. Bhd., Pengurusan KUMIPA Berhad dan pensyarah sambilan di UITM Cawangan Bukit Sekilau, Pahang. Memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia.

 

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 313.702 KHA

Skip to content