Search

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER BIL. 1/2026

Seni Bahagia Menjadi Introvert

Spesifikasi:

Penerbit: PTS Publishing House

ISBN: 9786297564791

Tarikh terbit: Disember 1, 2023

Muka surat: 243

 

Label antisosial, tidak ada kawan, kekok dan kaku atau sombong cenderung untuk melekat kepada seorang introvert. Itu belum lagi kebiasaan terlebih berfikir (overthinking) yang dianggap kawan-kawan sebagai rumit. Hidup yang sememangnya penuh dengan masalah menjadi semakin berat dengan segala pandangan negatif begitu.

 

Namun, sama seperti orang ekstrovert, si introvert juga ada kelebihan dan peluang yang sama untuk berbahagia. @sendysaga akan berkongsi apa yang dialaminya sebagai seorang introvert dan caranya untuk berbahagia dengan segala potensi yang dimilikinya.

 

SENDY RIANPUTRA

Seorang introvert yang sedang berjuang menemukan jati diri untuk mengharungi kehidupan. Gemar melukis sejak kecil. Bercita-cita untuk menjadi seorang ejen rahsia profesional. Juga seorang pencipta kandungan @sendysaga

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak D155.232 SEN