Search
peta hubungi maklumbalas faq
Version
Muat Turun 356
File Size 4.59 MB
File Count 1
Create Date 16/02/2024
Last Updated 16/02/2024
Muat Turun
or download free
[free_download_btn]

Description

Zulhasmi bin Mohamad

Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah,

Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia

 

Muhammad Haziq Syuwari Bin Mahazir

Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah,

Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia

 

Ahmad Kamal Ihsan bin Anuar

Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah,

Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia

 

Ahmad Adam bin Ismail

Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah,

Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia

 

Huzaifah bin Amnan

Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah,

Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia

 

Kata kunci: Cukai petak, strata

 

ABSTRAK

Pemilik strata atau pemilik rumah bertingkat merupakan salah satu bentuk pemilikan di Malaysia berdasarkan perundangan Akta Hakmilik Strata 1985. Pembangunan bertingkat ini membolehkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah di kawasan bandar. Walau bagaimanapun, pembayaran cukai tanah bagi bangunan bertingkat yang dilaksanakan secara satu umpukan ini tidak berjalan lancar kerana terdapat segelintir pemilik petak yang gagal menjelaskan bayaran kepada Perbadanan Pengurusan (MC). Pelaksanaan cukai petak memberi inisiatif terbaik bagi pemilik strata yang mahukan kawalan sepenuhnya di atas pembayaran cukai petaknya serta membantu pemilik petak untuk melakukan urusniaga berkaitan jual beli. Kajian ini bertujuan mengkaji isu-isu dan penyelesaian pelaksanaan sistem cukai petak yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dapatan kajian diperoleh melalui temubual berstruktur dan analisis kandungan melalui penelitian dokumen. Pemilihan sampel dipilih berdasarkan teknik persampelan bertujuan (purporsive sampling) kepada responden terpilih. Tiga isu utama dalam pelaksaan cukai petak di WPKL telah dikenalpasti iaitu kefahaman rakyat mengenai perbezaan cukai tanah dan cukai petak, kefahaman orang awam mengenai zon gunatanah, syarat nyata petak yang menyumbang kepada kadar cukai petak dikenakan serta tunggakan cukai tanah sebelum berkuatkuasa cukai petak. Langkah-langkah mengatasi isu-isu berkenaan turut dicadangkan iaitu melalui hebahan dan edaran poster infografik di media massa dan media sosial serta taklimat khas kepada perbadanan pengurusan dan pembeli. Penerangan oleh pihak berkuasa termasuk maklumat mengenai status tanah, syarat nyata petak dan kaedah pengiraan cukai petak wajar diteruskan bagi merungkai permasalahan tunggakan cukai tanah tahun sebelum berkuatkuasa cukai petak melalui kaedah tertentu.

[changelog]

Categories & Tags

Similar Downloads

No related download found!
Nurul Fazrin